Entri 4: Happy Birthday!!!

Selamat hari jadi,

Selamat hari jadi,

Selamat hari jadi <nama anda>,

Selamat hari jadi!!!

Seronoknya menyambut hari kelahiran kita. Apatah lagi jika saudara mara dan rakan turut bersama meraikannya. Sangat bahagia bukan?

Jika mengimbas kembali kenangan hari jadi aku, tiada sangat memorinya. Almaklumlah keluarga yang sederhana. jadi macam tak perlu pun nak sambut. Anehnya, tak pulak aku meminta diadakan birthday party atau sebarang kenduri untuk sambutan hari jadi aku. Hahahaha… Adakah aku matang sebelum usia? Biasa ja. Kalu hendak ceritakan pasal kek, umur aku 4 tahun baru aku merasa kek yang dibeli dari kedai. Yang mak aku buat sendiri dah selalu makan. Dah pertama kali makan tu, sedap lah sangat. Tapi ini bukan hari jadi aku. Arwah abah aku yang beli. Saja-saja. Kalau hadiah hari jadi, rasanya tak pernah dapat kot.

Ringkasnya, selama aku masih budak-budak, sambutan hari jadi bagi aku wajib ada kek dan hadiah. Itu konsep sambutan hari jadi yang aku faham.

Sweet memories betul….

Bila dah besar, baru aku tahu bermacam-macam orang boleh buat untuk celebrate hari lahir kita.Bukan setakat melantak kek dan menerima hadiah. Hadiah ada. tapi dalam betuk yang ‘menyeronokkan’. Example, time aku belajar di SDAR. Kami menyambut hari jadi rakan yang ‘bertuah’ itu dengan cara yang agak ‘lembut’. Tunggu sahaja detik 12 malam. Maka yang bertuah itu pun akan terketar-ketar dan mula nak melarikan diri. Tak boleh…. jangan nak lari eaa…… Tepat je waktu, kami akan berkumul mengelilingi yang bertuah itu sambil memegang dia agar dia  tak lari. Habis nyanyian lagu hari jadi, pesta bermula. Maka sakitlah belakang si bertuah itu ditepuk beramai-ramai oleh kami. Pedih, perit, semua ada. Hahaha…. Mujur aku tak pernah kena kerana hari jadi aku sentiasa jatuh pada hari cuti yang disambut seluruh dunia. Hahaha….

Kat SDAR tu lembut je. Tidak diketahui bagaimana agaknya yang berlaku di sekolah-sekolah lain. Mungkin agak ganas. Ada yang baling telur, baling tepung, tuang minyak busuk, mandikan si bertuah dengan air busuk, bermacam-macam lagi perkara-perkara dajal yang akan dibuat. Seronok tu seronok juga. Tapi kesian juga dengan si bertuah tu. Sepatutnya dia diraikan dengan suasana yang gembira. Bukannya dengan cara yang tak senonoh. Disini juga aku mempelajari bagaimana sambutan hari jadi itu tidak lagi membawa erti gembira bagi seseorang yang tak boleh terima gurauan melampau ini. Aku juga dapat melihat transformasi ucapan ‘selamat panjang umur’ menjadi ‘selamat PENDEK umur’. Hahaha…

Alhamdulillah, setakat ini sambutan hari jadi aku selama ini masih dalam keadaan baik. Tiada perlakuan-perlakuan buruk itu berlaku. Tapi siapa tahu? Aku di UKM sekarang ini dan pastilah bukan semua orang aku kenal. Bermacam-macam ragam.

Perlu tak aku lari bila hari jadi aku? Tak perlu kut. Kalau orang nak baling telur kat aku pun, aku redha je.

birthday_image

~1 Januari 1990. Birthday aku~

Entri 3: Peluh

Masalah utama yang membelenggu aku selain daripada final exam yang bakal tiba minggu depan. Peluh. Ia cukup merimaskan apabila ia keluar secara berlebihan pada masa dan waktu yang tak sesuai. Aku tak kisah kalau mahu berpeluh ketika bersukan…

masalahnye ko tu pernah ke turun padang….

Sibuk pulak menyampuk. DIAMLAH!!!!

Sambung semula. Masalah peluh ni kerap berlaku bila aku berjalan jauh. Faham-fahamlah UKM kan besar. Misalannya aku perlu turun dari bas kerana mahu turun ke DECTAR (Dewan besar) untuk ko-k. Tak lah jauh sangat. tapi peluh dah keluar macam kena jemur tengah hari. Hadoi…

Sebenarnya masalah peluh ni mungkin sebab aku ni agaklah gemuk. Hehehe… Tetapi, mungkin juga sebab aku kerap berjalan.  Dah lah destinasi sangat jauh. Keletihan sangat. Boleh pula aku nak stadi dalam letih. Mana nak masuk. 10 minit selepas tu, tidurlah. Hahaha… penat sangat.

Satu lagi, baju pun sah-sah lencun bau peluh dan bau pun memanglah tidak menyenangkan, Aku betul-betul tak suka. Bila naik bas, kalau dah berbau sangat, faham-fahamlah. Ha! Ada tips untuk lelaki-lelaki di luar sana. Kalau anda perasan ada perempuan yang selalu main-main hidung mereka bila mereka ada di sebelah anda, memang anda sangat busuk. Aku dah selalu kena dan menyumpah kat minah-minah macam ni. Bajet wangi sangat la. Bunuh karang…

sweat

~esok cuba untuk tidak berpeluh~

Entri 2: Aku Takkan Beritahu

Assalamualaikum…

Serius aku tak sedar minggu depan dah study week. Dan aku masih lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa. Aduh… Akibat terlalu galak ber’facebook’ing, aku malas study. Tak pe. Aku akan study lepas ni.

Bercakap mengenai tajuk entri aku ini, apa yang aku takkan beritahu? Masih berkenaan dengan facebook. Kalau faham, facebook ni kan laman web sosial.  Serupa Friendster, Myspace dan sebagainya. Dengan laman web sosial ni lah kite dapat berhubung dengan member kita walaupun jauh. Bagus bukan? Tak terkecuali dengan family sekiranya mereka pun ade akaun. Bila berkata tentang family, mereka tidak harus tahu yang aku mempunyai blog mahupun facebook. cukup sekadar mereka tahu aku ada friendster.

facebook_logo

Janganlah kata aku ni kejam. Ada sebabnya. Kekadang aku mahu privasi juga. Tak perlulah segala benda aku wajib share dengan kakak-kakak aku. Facebook ni boleh kata macam diari bagi aku. Lagipun aku tak suka kalau mereka tahu. Nanti mulalah mereka akan bercerita kat mak aku. Segan, malu, rasa tak dihormati, segala macam feel ada time macam tu. Hal-hal aku, aku lebih senang bercerita kepada member-member je.

Semalam, kakak kedua aku telefon dan bercerita. Dia jenguk friendster aku (jarang dah aku jenguk friendster). Dan dia bertanyakan tentang entri blog aku di friendster. Pasal pergaduhan aku dengan member kem PLKN aku. Benda macam tu memang aku tak minat nak share ngan kakak-kakak aku.

Lagipun, aku tak rasa bebas nak bersosial dalam facebook. Rasa diawasi sentiasa. Nak carut sikit pun tak boleh. Confirm mesti sampai ke mak aku lepas tu. ARGH!!!!

So, kalau adik-beradik korang, tak kisah la abang, kakak, adik, kalau diorang nak add anda atau minta di add, fikir balik.. jika perangan mereka sama dengan kakak-kakak aku, jangan add.

~sibuk je nak tau hal orang~

Entri 1: Ekonomi…

image

Asing rasanya bila mendengar subjek ini. Lagipun bukan subjek aku ketika Tingkatan 4 dan 5. SPM jauh sekali nak ambil. Dah takdir diri ini pelajar aliran sains. Maka automatiknya aku menghadap Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (aku sangat benci subjek Biologi. Maaf pada guru-guru Biologi di seluruh dunia.) Matrikulasi pun aku masih jadi budak sains, dengan perubahan dimana aku dah mengucapkan bye-bye kepada Biologi. Hahahahaha…. Pelajar Sains Fizikal. Itulah aku di matrikulasi. Hanya menumpukan kepada Matematik, Kimia dan Fizik. Ok juga rasanya… keluar dengan pointer 3.27. Agak memuaskan.

Kini di universiti, disinilah perkenalan aku dengan subjek yang sangat baru ini bermula. Aku diwajibkan mengambil Ekonomi bersama-sama dengan Kalkulus dan C++ (sekadar menyebut subjek-subjek penting). Kata orang lain, subjek ini senang nak score. Jika ia keluar dari mulut pelajar akaun, aku boleh terima. Ini, yang berkata-kata itu ialah pelajar aliran sains! Macam aku juga! Pening. Bagaimana mereka boleh kata subjek ini senang? Saya respek anda. Tahniah. Ajar saya lepas ni ya.

Tadi aku baru menyemak keputusan Pertengahan semester bagi subjek ekonomi. Aku dapat gred C+. Hurm… nak kata not bad atau too bad??? Bukan aku berada dalam zon selesa tetapi bagi aku, ok lah untuk beginners yang slow macam aku. Aku bukan jenis genius. Jika memang genius maka ayat “ekonomi senang” pasti akan terpacul dari mulut aku tatkala ada yang bertanyakan pendapat aku. Syukur juga aku mendapat gred itu. maka aku akan berusaha untuk buat yang terbaik final nanti.

Oh! Masa untuk study Ekonomi!

~terasa mahu lahap sushi~

Salam pemula….

Assalamualaikum….

Ini merupakan blog aku yang baru. Dalam wordpress laa…. Blog lama dah x aktif lagi dan mungkin aku nak terminate je blog aku di blogspot tu. Jadi, usaha merapu akan diteruskan di blog baru aku nih… akan cuba untuk kerap mencatat di dalam blog aku ini….

Ringkas sahaja permulaan bicara ini….

~permulaan yang baik…~