Entri 9: Comel

Aku baru pulang ke UKM. Saja balik awal sikit padahal sepatutnya kena balik isnin. Bosan tanpa internet. Jadi pulang untuk mengerjakan ladang maya aku di facebook. (Farmville la tu). Juga membuat kerja-kerja mafia untuk menjadi mafia terhebat. (Poyo je ayat)

Cukup merapu. Mari berdiskusi tentang entri saya. Haha~

Mengapa tajuknya comel? Kerana aku memang suka apa-apa sahaja yang nampak comel. Aku pasti ramai juga yang suka apa sahaja yang kelihatan comel di mata mereka.

Definisi comel bagi setiap orang berbeza-beza. Apapun, kalau benda itu comel pasti akan timbul perasaan geram.

“Ya Allah comelnye!!!!!!!!!!!! aku nak picit-picit je rasenye. geram!!!”

Ayat klise tersebut selalu je keluar. Haha…

Aku mahu kongsi Top 5 bende yang comel di mata aku. Ini tidak termasuk ciptaan Allah seperti bayi dan haiwan kerana memang ciptaan Allah itu sangat comel. Maksudnya ciptaan manusia lah….

Kita mula dengan no 5 dulu:

5) Doraemon (Doraemon)

doraemon

 

 

 

 

 

Jangan cakap dia tak comel. Pembohong kalau kata dia tak comel. Haha… Robot kucing pertama yang takut sama tikus kerana tikus pernah makan telinga dia. Haha… Tak perlu celoteh banyak. Cuma pinjamkan saya pintu suka hati. Boleh keluar jalan-jalan tiap-tiap hari. Haha~

4) Haruhi Suzumiya (Melancholy of Haruhi Suzumiya)

s_haruhi

 

 

 

 

 

Watak utama perempuan ni pun boleh tahan comel. Sebab aku suka lagu opening anime ni jd aku pun terlayanlah anime ni. Tapi aku tak tengok sampai habis. Jadi perwatakan dia pun aku tak boleh jelaskan. Cuma dia memang comel. Hehe…

3) Shin Chan (Crayon Shin Chan)

shin20chan2014br31

 

 

 

 

 

Buddak nakal dan gatal ni pun comel gile. Aku suka tengok kenakalan budak tadika ni. Walaupun ada sesetengah kelakuan dia dikatakan kurang ajar, tapi ambil yang baik je lah. Tetap comel!

2) Pingu (Pingu)

pingu15

 

 

 

 

 

Ni pun boleh tahan comel. Sanggup tak tidur lepas subuh sebab nak tengok. Haha~

Dan no 1 ialah….

1) Maka Paka (In The Night Garden)

Makka Pakka - 2 Feb 2009

 

 

 

 

 

Patung ni pun comel gila!! Kalau di buat peluk pun seronok. Haha~

Jadi sekarang ni mesti ada yang pandang serong. Kejap lagi menyindir.

“Orang lelaki mana boleh suka benda comel”

“Tak matang langsung!”

“Tak rock la bro!”

Hai… suka hati aku lah nak suka benda comel…  Ini satu lagi point kenapa aku nak taip entri ini. Manusia suka komplen benda yang remeh temeh. Adakah dengan minat aku terhadap kecomelan ini membunuh kau orang? Tak kan? jadi apa yang susahnya? Sakit mata? Jangan pandang. Biarkan aku dengan barang-barang comel. Huh~

Manusia suka menjurikan sesuatu tetapi marah jika diri dijurikan. kau pun macam tu juga.

~lapar~

Entri 8: Mula bercuti

Saya dah mula bercuti.

Saya sekarang di Puchong. Rumah kakak saya.

Saya kebosanan.

 

Apedaa….

Haha~ Macam entri sebelumnya lah. Bosan… Nak online kenalah pergi c.c. Barulah tak bosan sikit…

Harap-harap cepat hari Isnin datang sebab kena balik awal untuk latihan debat. Untuk Debat Diraja yang berlangsung kat Universiti Malaya bulan 12 ni. Baru boleh bersama kawan-kawan dan senior-senior.

Dan aku tak balik rumah di Pahang. Agak sedih… tapi sebab nak setelkan lesen.

~cepatlah sem 2 mula~

Entri 7: Baru terasa kebosanan cuti

Pelik je tajuk entri aku kali ni. Kenapa ya?

Sebelum tu, jom kita mengimbau kisah lampau…

Kalau dulu, masa tadika, aku tak pernah cuti a.k.a ponteng. Sekali je ponteng. Tu pun hujan lebat di pagi hari. Jadi tak boleh keluar. Hidup aku kat tadika pun tak banyak yang seronok. Al maklumlah badan je besar tapi kuat memangis dek dibuli budak lain yang lebih kecil dari aku. Memang kerja aku menangis. Kena jelir lidah pun nangis, kena jeling pun nangis, haish. (Eh, ni tercerita kisah lampau pulak. haha…) Tapi, cuti waktu tu tak pernah terfikir dalam kepala aku. Cuma fikir hari sabtu ahad cuti, boleh tengok kartun. Haha… masih berfikir cuti tu seronok.

Bila naik sekolah rendah, masih sama jalan ceritanya. Cuma kurang nak menangis. Haha… dah jadi pengawas pun masih kene ejek. Tak faham. Lantaklah. Waktu cuti di kala sekolah menengah boleh tahan seronok. Masih duduk di rumah tak buat apa-apa. Tengok TV je lah. Masa tu mana ada komputer lagi. Orang susah. Tak mampu nak beli. Kalau dah ada mau melambung bil letrik. Konfem cuti aku lagi seronok. Tapi cuti aku tak lah macam budak lain. Pergi tempat menarik macam A’Famosa (konon kalo budak sekolah rendah wajib pergi situ), balik kampung lah (semua budak kelas sekolah rendah aku kampungnya kat kedah. Hairan), macam-macam lagi kisah cuti mereka. Aku? Duduk rumah je. Dulu memang tak berpeluang nak pergi tempat-tempat menarik. Sama ada pergi dengan keluarga mahupun rombongan. Kalau dengan keluarga tu sebab tak ada duit. Kalau rombongan tu sebab tak ada duit dan memang arwah ayah aku melarang aku join mana-mana rombongan. Tak tahu sebabnye. Terlalu di kawal rapi aku dahulu. Sebab tu agak jeles sikit bila diorang tunjuk gambar diorang pergi tempat-tempat bez gile. Jujurnya, aku tak pernah lagi tengok depan-depan mata A’Famosa. Pergi KLCC pun lagi lah. Sedih… tapi aku tak kisah pun.

OK! Mari buka cerita di SDAR.Waktu ni lagilah aku nak sangat cuti. Memang sangat-sangat merindui rumah di Felda Mayam. Sebab apa? SDAR rules is SUCKS! Tapi start suck tu bila Form 2. Menyampah la sangat. Dengan perhimpunan setiap hari 7 kali seminggu, sebab tak mahu kasi kami tidur lepas subuh. Hish! Dan benci melihat drama-drama yang berlaku. Konflik antara pengetua dengan batch aku. Malas nak stori hal ni. Lagilah membuatkan aku nak sangat balik rumah. Tetapi tak boleh selalulah. Mana ada duit. Dah lah kalau cuti tengah tahun tu selalu kena mintak balik awal sebab mengejar bas kat Bahau. Kalau tak pun kena balik lewat. Huhu… nak cuti…. Waktu tu memang desperate sangat nak cuti. Kira memang tak suka sangat rules bangang kat sekolah.

Harus ke nak stori keinginan cuti waktu aku di PLKN??? Skip ye. Sebab x boleh cuti pun except waktu raya cina. Ok. Skip cerita PLKN.

KMPh?  Tak de desperate sangat nak balik rumah bercuti. Sebab dekat dengan rumah. Tak lah dekat sangat. Tapi boleh balik pada hari yang ditetapkan. Tak macam kat SDAR dulu. Still masih mahu balik rumah dengan ghairah.

Currently, UKM. Huhu~ Start ni lah macam tak nak balik je rasanya. Sebab dah seronok ngan kawan-kawan. Ni dah habis exam ni. Jadi automatiknya aku kena balik rumahlah. Tapi kat Puchong. Rumah kakak aku. Even ade peneman yang comel iaitu anak-anak sedaraku, masih aku nak terfikir mahu jalan-jalan tengok wayang ke, makan-makan ke. Dengan member-member yang baru je kamceng. Nak jugak sebut nama mereka. Pidot, Mizan, Sayza, Hazwa, etc. Seriously memang aku bosanlah cuti nanti. Tapi aku akan balik UKM semula isnin nanti sebab aku ada debat. Sekurang-kurangnya aku masih boleh nak lepak mapley dengan Mizan yang terang-terangan bosan cuti nanti. Habis latihan debat, leh call pergi mapley sambil bershisha. Haha~ jangan bosan-bosan ye Mizan. Nanti ko dapat JPA kita pi jalan-jalan lagi. Haha~

Bukanlah bermakna aku tak rindu rumah dah sekarang ni. Rindu tu ada. Rindu kat emak tersayang. Huhu~

~lambat lagi ke kakak aku ni?~

Entri 6: Kolej Mahal

Lega bila dah habis exam. Semalam tamat dengan kalkulus. Walaupun tak dapat jawab dengan jayanya, tapi berharap agar keputusan agak baik.

ko bukan stadi pon. belek2 lecture notes je pon. x de gune…

Haiya… tak habis-habis sisi lain IQBAL ZARIN ni menghentam aku…. ye laa….

Balik pada topik asal itu. Kolej mahal. Hurm… Agak sakit memikirkannya. Ye lah, dah la jauh. Mahal pulak. Dengan kemudahan yang sangat teruk. Bayangkan apabila kolej lain yang jauh lebih murah dapat loker baju sebesar-besar alam, lantai bilik dilitupi mozek, toilet yang lengkap kemudahannya, etc. Kolej aku? (tidak dinyatakan, yang kenal aku je tau aku kolej mana). Loker sekecil-kecil kuman, lantai simen yang menyakitkan tumit, toilet yang binaannya seakan-akan memberi peluang untuk orang lain mengintai, Argh! Tensi!

Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak menaip entri ini ialah ketika aku menyibuk dalam status facebook orang besar dalam UKM nih. Saja nak tengok respon orang.  Halnya masih berkisar tentang yuran kolej yang mahal. Jadi ramai la yang bajet suci ni mengomel. Antara ayat-ayat suci mereka:

saya sungguh tak faham ramai yg kata yuran kolej mahal. Adakah rm 4-6 sehari itu dikatakan mahal. top up prepaid pun kadang2 rm 10 sehari pun tak pula buat protest!

Kalau kau duduk kolej murah, boleh la kau buat statement ni. Kau pun beli topup jugak kan? Kau x buat protes?

X nak duk kolej.. sila duduk luar… kalo x nak gak.. pi duduk kat Zaaba… bising sangat pasal kolej mahal la apala… kalo kata satu hari 6 ringgit.. 1 bulan baru 180…. tu dah masuk air dan api… kemudahan internet UKM kalau ada… kalau Jaring lain… CMONlaa… sewa luar lagi mahal… fikir nak perabot lagi, perkhidmatan lain lg… syukurla skit… 180 x 4 baru dalam RM720… PTPTN 3500… Kalo rokok boleh beli… kalau topup boleh beli sebulan RM50… haa fikirla…

Satu lagi komentar bajet suci. Hurm…

Nak aku buat kesimpulan yang mereka ni kaya tak boleh jugak. Betul jugak kata-kata mereka.  Tapi fikirlah. Sangat tak adil apabila mungkin ada mahasiswa mahasiswi yang mungkin memang x mampu nak bayar yuran. Duit Ptptn pun mungkin kasi kat famili sebab famili sangat miskin. (Mungkin ada). Dan dapat kolej mahal. Anak orang kaya pulak dapat kolej murah. Apa dah jadi? Yang miskin makin miskin. yang kaya makin kaya dan menghentam yang miskin bila merungut sebab kolej mahal.

Tolong fikir la. bukan semua yang merungut tu tak bersyukur. Mereka mahu imbalan yang setimpal dengan apa yang dibayar. Memang harus la. Hak kita. Kalau berjimat sampai kurus kering badan pun, tapi masih tak mampu nak bayar yuran kolej yang mahal, nak cekau mana duit?

Sila fikir kedudukan orang lain ketika mahu menghentam. Bukan semua yang merungut tu kerjanya merokok sampai 3-4 kotak sehari then kau nak kata rokok mampu beli tapi yuran kolej malas nak beli. Bukan semua yang merungut tu asyik nak melepak kat mapley atau pergi clubbing.

Aku dah terangkan dari awal kondisi kolej aku. Dah kena bayar mahal, dan dapat kemudahan taraf setinggan. Apa ni? Meja study aku hampir nak patah, katil aku goyang, nak aku bayar mahal lagi? Upgrade la dulu. Kalau semua tu tak dibaiki, tak guna aku bayar nak dekat RM 600 1 sem.

Yang bajet baik sangat tu, tak perlu bertopeng. Jangan nak hipokrit. Benci manusia hipokrit.

~nak pindah~



Entri 5: Kisah Exam

Seminggu dah exam final. Hari-hari yang sangat teruk. 2 killer subject tidak berjaya dijawab dengan jayanya. Terutamanya subjek C++ yg sgt h***!!!!! Mungkin subjek ni boleh masuk list bersama-sama dengan biologi. Kawan elok-elok ye, subjek kebencian aku. HUH!!!!

Hari Jumaat pulak subjek Ekonomi. Pun sama. Even sudah banyak soalan-soalan spot diberikan. Masih gagal menjawabnya. Aduh…. maaf Cik Rafidah. Saya dah berusaha. Huhuhu…

Entri kali ni pendek je. Sebab nyampah sangat dgn C++ tu. Quote ape yg kosmate aku cakap dalam facebook:

“Rasa nak liwat je buku C++ tu…”

Benci sungguh. Hahaha…

ERGH!!!!! Sebab C++ aku tak ada mood!!!!

BENCI!!!

BENCI!!!

BENCI!!!

BENCI!!!


Puas hati. Lega sikit. Fuh….

~Ready untuk Kalkulus~