Entri 19: Azam

Tak lama lagi kan, kita sambut tahun baru. 2010. Kalau Tahun Islam dah baru dah. Aku sambut dua-dua tahun baru. Hahahaha….

apasal bunyi budak kecik???

Saja. Hahaha…

Baik. Serius.

Hari ini 30 Disember 2009. Maknanya esok 31 dan lusanya 1. Pejam celik dah mula tahun baru. Sekejap rasanya. Masih teringat lagi masa di matrikulasi dulu. 1 Januari 2009. Rakan tutor buat sambutan hari jadi mengejut untuk aku. Terharu. Hehehehe…. Terima kasih semua!!!!!!!!

Untuk tahun ini? Mungkin akan disambut dengan balingan tepung dan telur. Hmmm….

Ok. Cerita asal.

Bila dah mula tahun baru, perkataan inilah yang sinonim. AZAM. Apa tu? Azam tu perkara yang kita targetkan untuk kita capai pada tahun hadapan. Anda bolehlah nak berazam macam-macam. Antara contoh azam yang selalu aku dengar:

1) Aku nak dapat 5A/8A/10A/4 flat exam tahun depan

2)Aku nak pikat awek/jejaka idaman aku

3)Aku nak berhenti merokok

4)Aku nak kumpul duit banyak-banyak

5)Aku nak turunkan berat badan

etc…

Macam-macam lagi azam yang dimahukan orang. Ada yang logik, ada yang pelik, namun terpulanglah pada individu. Kalau ada usaha untuk mencapainya, azam mereka pasti tercapai. Kalau sebaliknya, mimpi sajalah.

Apa azam aku? Hahaha… aku tak pernah membuat sebarang azam. Betul. Aku tiada apa untuk ditargetkan sempena tahun baru ini. Tapi bukan bermakna aku tiada matlamat hidup. Cuma bagi aku kalau nak berazam tak perlu nak tunggu masuk tahun baru. Bila-bila pun kau boleh buat azam. Betul tak?

Lagi satu, aku tak mahu membuat azam kerana aku jenis yang kurang berusaha. Itulah sifat buruk aku. Pernah berazam tapi hampeh. Tak tercapai. Semua gara-gara kurang atau tak berusaha ke arah azam yang dituju. Jadi aku dah letih mencipta azam tahun demi tahun dan membuat titik resolusi iaitu aku takkan menetapkan sebarang azam dalam hidup aku.

Kepada pembaca (kalau ada), jangan pernah berputus asa jika anda telah membuat azam. Berusaha untuk mencapai azam anda kerana bagi aku manusia yang teruk ialah manusia yang tak pernah berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan hanya mengharapkan kejayaan datang bergolek. “KEJAYAAN” pun meluat nak bergolek kat anda kalau anda pemalas dan tiada usaha. Yang bergolek nanti ialah “KEGAGALAN”.

Oh, lupa. aku ada azam tahun ini. Azam aku ialah: tidak akan membuat sebarang azam sampai bila-bila. Hahahaha….

~Aku nak mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjaya kepada Azam (lupa nama penuh) sebab dia dah keluar UKM sebab dah dapat tawaran kerja. Dan juga SELAMAT TAHUN BARU!!!~

Advertisements

Entri 18: Perempuan Bergelar Perokok

Bak kata Nurul Sareeza Azidin, mapley memang tempat yang best untuk melepak. Aku pun setuju. Sebab tu aku selalu keluar lepak dan makan-makan di mapley di Seksyen 15, Bangi. Port kami, Salam Corner. Itu pun Shazrizil Zakaria yang introducekan kepada aku masa bulan puasa yang lalu. Masa itu aku start shisha.

Tapi bukan pasal mapley yang aku nak stori.

Kalau lepak di mapley, semestinya kita akan melihat pelbagai ragam manusia. Cuma yang menarik perhatian aku ialah tentang tajuk entri aku kali ini. Kerana ragam manusia jenis ini seringkali aku jumpa di mapley.

Ayuh mula bercerita.

Untuk sesiapa yang membaca blog ini, apakah pendapat anda? Bagi aku, sememangnya kurang manis, eh, TAK MANIS langsung seorang perempuan merokok. Kita ketepikan dahulu soal kesihatan kerana yang hendak diceritakan sekarang ini ialah imej dan pandangan masyarakat.

Sememangnya sangat hodoh jika seorang perempuan itu bergelar seorang perokok. Imej seorang wanita akan tercalar kerananya. Apatah lagi rokok itu sendiri membawa 1001 tafsiran negatif. Cuba bayangkan perempuan yang cantik dan menjadi idaman setiap lelaki tetapi seorang perokok tegar. Jatuhlah imej perempuan itu. Kalau perempuan merokok, pasti banyak gelaran yang menimpa. Yang pasti gelaran yang buruklah. Jangan idamkan gelaran yang baik.

Dulu MASTIKA pernah siarkan liputan tentang perempuan merokok. Aku baca artikel dalam tu. Rata-rata perempuan yang merokok ni melenting dengan tanggapan masyarakat. ada yang berpendapat, “Kami golongan open minded. Hidup sekarang kenelah kedepan. Bukannya kebelakang!“. Ada juga
yang berkata, “Sekarang kan perempuan boleh buat apa yang lelaki buat. Rokok pun sekalilah!“. Dangkal sungguh pemikiran mereka…. Aku tiada komen untuk itu.

Bagaimana dengan anda???

~lebih buruk kalau bertudung dan merokok~

Entri 17: Dendam

Seram entri kali ini. Hahahaha…

Bila kita sakit hati, mesti rasa tak puas hati. Dan kalau jenis yang mudah terasa, perasaan itu akan menjadi dendam. Senang sahaja transformasi itu.

Pernah dulu aku berdendam. Aku ada ceritakan dahulu di blog terdahulu (blogspot account).  Kalau hendak ditaip semula mungkin mengambil masa yang lama dan aku dalam keadaan malas untuk mengungkit kisah lama dan juga tak mahu dendam membara semula. Aku ringkaskan sahaja.

Aku dahulu berdendam dengan si G (dah tentu nama samaran) kerana dia tak mempercayai aku sebagai sahabat. Kesnya, aku tidak memberitahu kepada dia yang aku berkawan dengan awek dia. G sangat marah kepada aku dan telah mengurniakan pangkat yang sangat “mulia” kepada aku. Bukan AMN mahupun sebarang pangkat Dato’ mahupun Tan Sri. Dia telah mengurniakan pangkat BINATANG kepada aku. Dek sayangkan persahabatan, aku mengaku salah dan meminta maaf kepadanya.

Belum tamat lagi cerita ini.

Waktu aku di matrikulasi, awek dia sendiri TERbocor rahsia yang sangat membuatkan aku berasap. Heboh diceritakan di tempat belajarnya itu bahawa G itu telah menyebarkan bahawa aku cuba merampas kekasih hatinya itu. Dan aku diburuk-burukkan seumpama kain buruk pula. Dah lebih ni… Maka dengan amarah aku, aku mulakan modus operandi aku. Aku hantar mesej ke dalam Inbox Friendster dia dengan harapan dia membaca. Tapi aweknya yang baca dahulu. Maklumlah kekasih awal dan akhir. Semua berkongsi. Even Friendster acount. Perang meletus petang itu. Melalui SMS. Lepas habis kuliah dalam pukul 4 petang bermula perang itu. Kemudian disambung pada maghrib oleh G. Konon mahu membela diri. Aku sangat marah dan memutuskan persahabatan aku dengan dia. Dendam sudah mendaging ketika itu.

Nak masuk tahun baru dah ni. Besday aku pun lebih kurang seminggu lagi.

Makin aku fikir, aku terasa sesuatu. Benarkah tindakan ini? Aku terasa seperti aku sudah melampau. Mungkin aku tersalah tafsir. Mungkin aku terlalu mengikut amarah diri aku. Rasa bersalah dan kasihan pula.

Mungkin aku terpaksa menghubunginya semula untuk meminta maaf. Namun aku tiada kekuatan untuk itu.

Tapi aku tahu aku tidak lagi berdendam dengannya. Aku harap dia begitu juga. Tak baik berdendam apatah lagi sesama Islam.

Maafkan aku.

~Jika serabut kepala otak, mari berhibur sekejap. Aku letak lagu korea ni~

Entri 16: Sinetron

Salah satu hobi aku ialah menonton drama. Lagi seronok kalau dari luar negara. (Ini tak termasuk drama Hong Kong keluaran TVB tu). Memang layan. Drama ni macam lakaran kehidupan kita sehari-hari. Semua yang dipaparkan dalam drama itu, realitinya berlaku dalam kehidupan kita.

Kalau cakap pasal sinetron (drama dalam bahasa Indonesia), gelombang sinetron ini bermula pada 2006 kalau tak silap aku. Semua memang boleh teka apa sinetron yang meletup waktu ini.

Gelombang pertama sinetron. Bawang Merah Bawang Putih

Waktu ni, aku Tingkatan 4.  Di sekolah, aku tonton sinetron ni. Sampai pengawas junior halau. Bahalol sangat bila tengok muka gila kuasa mereka. Jadi hanya dapat tengok setengah jam sahaja. Kena prep lepas tu. Di rumah pun aku tengok. Hahaha… Sanggup menunggu. Sakit hati melihat Siska (Nia Ramadhani) dan ibunya, Rika Sumanto (Helsy Herlinda) membuli dan menganiaya Alya (Revalina S. Temat). Dan macam biasa datang penyelamatnya, Ferdi (Dimas Andrean) dan Peri (baca: Pari-Pari). Tiba je ada kuasa magis di abad 21 ni. Agak tak logik di situ. Tapi layan juga menonton konflik demi konflik yang berlaku. Semua demi harta.

Waktu itu sambutan terhadap sinetron ini hangat gila. Sampai pernah didebatkan dalam parlimen (Ahli parlimen yang bangang. semua nak dipolitikkan). Lepas tu TV3 pula jemput pelakon-pelakon tersebut khas dari Indonesia sempena Karnival Jom Heboh. Waktu tu memang sesak Jom Heboh. Semua nak tengok depan mata muka Rika Sumanto, Alya ngan Ferdi. Serius, muka Rika Sumanto masa datang Malaysia lagi cantik dan muda berbanding dalam TV.

Alya (Revalina S. Temat) yang selalu dibuli (dalam sinetron tu je...)

Bila tamat sahaja sinetron ni, berlambaklah sinetron-sinetron yang masuk ke Malaysia. Ada yang best, ada yang bosan. Kononnya permintaan penonton. Maka melimpah ruah masuk macam air di empangan bocor. Sampai Astro pula buat satu channel khas untuk sinetron sahaja. Astro Aruna saluran 121. Punya ramai peminat sinetron. Kuat betul pengarunya.

Tapi sekarang, aku dah tak berapa gemar tengok dah sinetron. Meluat pulak. Balik-balik plot yang sama. Gaduh sana gaduh sini, perjanjian itu ini, rebut rupiah, cinta remaja, rebut cewek dan pria, memang aku dah bosan. Bertambah lagi benci bila ada insiden Tarian Pendet. Memang bodoh Discovery Channel. Agenda Yahudi ke ni? Aku tak tahu. Dan sekarang pun ramai yang dah tak suka menonton sinetron. TV3 sekarang ni melampau. Start 2 petang sampai 4 setengah (tak pasti) berderet sinetron. Agung-agungkan sangat. Lagi orang mintak hentikan, lagi dia tambah slot untuk sinetron. Sekarang aku tak tau sama ada telenovela kegemaran aku, Lalola (made in Argentina) dihentikan siarannya atau memang dah tamat. Kalau dah tamat pun, tolong la tukar telenovela lain. Sanggup panjangkan slot sinetron. Sumpah aku benci.

TV3, boleh fikir tak drama melayu kita pernah tak dapat sambutan hangat di Indonesa tu. Pernah tak pihak Indonesia tu beli drama melayu kita bawak Indon? Ada ke stesen TV kat Indon tu sanggup nak panjangkan masa untuk siarkan drama melayu? semua tu satu je jawapannya.

TIADA

Jadi TV3 sila prihatin dengan kata-kata orang ramai. Kami dah meluat nak tengok sinetron tu. Jangan nanti ada demonstrasi baru nak ambil tindakan.

~tengok drama korea lagi best~

Entri 15: Permulaan Semester 2 Yang Penuh Kepahitan

Esok dah bermula semester 2. Result semester 1 sudah diperoleh. Ada yang happy, ada yang sedih, ada yang selamba, ada yang berahsia, macam-macam perangai. Result aku agak teruk.Macam tak layak ambil kos aktuari ni.

Itu kepahitan pertama aku.

Aku memerlukan laptop untuk melakukan segala kerja-kerja aku. Dan semestinya untuk menaip entri baru di blog ini dan juga untuk online facebook. Perit peristiwa rompakan itu.

Itu kepahitan kedua aku.

Yuran kolej aku sangat mahal tatkala orang lain yang duduk di kolej lain jauh lebih murah. Ya. Sangat jauh bezanya jika dibandingkan dengan kolej lain. Aku di Keris Mas kena bayar RM 673 sedangkan member aku duduk di Rahim Kajai bayar RM 385. Aku tak boleh terima sebab fasiliti sangat teruk.

Itu kepahitan ketiga aku.

Dan kerana itu aku merasakan aku tak boleh membeli laptop lagi.

Itu kepahitan keempat aku.

Polis tak berbuat apa-apa tindakan terhadap kes rompakan aku. Seolah-olah kes aku itu tak penting.

Itu kepahitan kelima aku.

………………………………………

Saat ini aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya doa moga-moga dipermudahkan kesulitan ini aku panjatkan kepada ALLAH…

~kepahitan di awal, kemanisan diakhirnya~

Entri 14: Pencuri Celaka

Semua orang dah tahu…

Bahawa aku telah kehilangan laptop, handphone dan wallet aku.

Aku sangat sedih dan terkilan.

Handphone baru aku baru 2 minggu aku pakai…

Pencuri tu sangat kejam.

Makan la harta anak yatim…

Memang tak selamat hidup kau dunia akhirat…

~mahu baca yasin~

Entri 13: Debat Royal Di Universiti Malaya

Kalau dah bosan, 2 entri dalam 1 hari. Hahahaha…

Baiklah. Aku nak beri laporan debat Piala Diraja antara IPT yang telah berlangsung di Universiti Malaya pada 3 hingga 8 Disember 2009. Seronok sangat pergi debat ni walaupun aku hanya seorang kuli. Tak pa. Aku ambil pengalaman dan pengajaran dulu.

Kami bertolak pada 9 pagi. Lebih kurang laa… Dekat je lagipun. Kami bertolak dengan peserta debat Arab UKM. Tapi tak nampak pula peserta debat English. Kekwatkah? Laha lah uolss!!! (Opps… terbahasa pondan pulak). Tak pa. Sebab ada peserta english tu dari KTSN a.k.a budak skema lagi nerd  a.k.a budak sains kesihatan. Bas pun bergerak dan sampai di UM pada pukul berapa tah. Lupa. Hahahaha… Peserta pergi mendaftar dan mengambil bantal dan cadar. Ada diskriminasi pada kuli. Kami tak dapat baju dan beg kain kuning dan juga bantal serta cadar yang peserta dapat. Tapi aku faham. Aku hanya seorang kuli. Jadi kena sedar diri la. Aktiviti pada hari itu tak banyak. Malamnya semua sibuk membuat konsep dan mencari fakta tambahan. Aku?? Duduk diam tak buat apa-apa.  Memang kuli tak sedar diri. Sebenarnya aku agak down pada malam itu. Pernah dah diceritakan dalam entri terdahulu tapi tak perlu lah nak cari. Aku dah delete. Nanti mengundang kontroversi pula.

Perjalanan bermula pada pagi esoknya. Semua segak berpakaian formal. Kuli? Pakai biasa sudah. Aku masih down pada pagi itu. Mereka tidak sedar. Biarkan. Berbalik pada cerita. Aku lupa semua team UKM kena lawan dengan siapa. Jadi aku ceritakan sidang yang aku pergi sahajalah. Tiada report lengkap. Hehehe…

FIRST MATCH: UKM Utama 2 VS UTHM Utama 1

Usul: Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik

Pemenang: UTHM Utama 1

Alhamdulillah team lain menang kesemuanya.

SECOND MATCH: UKM Muda 1 VS UPSI Utama 1

Usul: Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi

Pemenang: UPSI Utama 1

Team lain juga menang semuanya. Tapi aku dah rasa pelik.

THIRD MATCH: UKM Muda 2 VS UTP Utama 1

Usul: Hitam Itu Menawan

Pemenang: UTP Utama 1

OK. Bila team UKM lain menang, aku perasan. Semua sidang yang aku tengok mesti mereka kalah, Aku pembawa suey kah??? Adoi… Maaf teman andai benar aku suey.

Esoknya, debat bersambung.

FOURTH MATCH: UKM Utama 1 VS USIM Utama 1

Usul: Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan

Pemenang: UKM Utama 1

Baik. Aku tak percaya suey. Hahaha… UKM Utama 2 dan UKM Muda 1 menang dan UKM Muda 2 kalah lagi.

FIFTH MATCH: UKM Utama 2 VS MMU Utama 1

Usul: Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi

Pemenang: MMU Utama 1

UKM Utama 1 dan UKM Muda 2 kalah. UKM Muda 1 menang lagi.

SIXTH MATCH: UKM Muda 1 VS MMU (Aku lupa muda ke utama)

Usul: Lupa

Pemenang: UKM Muda 1

Semua team UKM menang kecuali Muda 2.

Keputusan untuk Team yang layak ke suku diumumkan. 3 dari 4 team UKM layak ke suku kecuali Muda 2. Tak pa. Korang dah buat yang terbaik. Buat pertama kalinya 3 team UKM ke suku.  Sungguh membanggakan.

Debat bersambung semula esoknya untuk pusingan suku.

MATCH: UKM Muda 1 VS UIAM Muda 2

Usul: Pakatan Rakyat tidak lagi relevan

Pemenang: UIAM Muda 2.

Bias hakim kali ni. Celaka.

MATCH: UKM Utama 2 VS UIAM Utama 1

Usul: Bajet 2010 membebankan rakyat

Pemenang: UIAM Utama 1

2 team UKM kalah straight dengan juri yang sama ketika UKM Muda 1 lawan UIAM Muda 2. Nampak sangat bias. Huhuhu… Waktu aku tengok sidang ni, aku tertidur. Kemudian dikejutkan oleh bunyi hpon baru aku yg sangat kuat. Jelas mengganggu sidang. Hadoi… malu aku. Nak marah je kakak aku ni. Dia la yang call aku. Grr…. Walau bagaimanapun, Team UKM Utama 1 menewaskan UTP Utama 1 yang pada pusingan awalnya menewaskan UKM Muda 2. Layak ke semi final.

MATCH: UKM Utama 1 VS UIAM Utama 1

Usul: F1 1Malaysia satu pembaziran

Pemenang: UKM Utama 1

Alhamdulillah… Dapat jugak pergi ke final. Hahaha… Maaf Kak Husna. Saya tahu kak memang nak pergi ke final. Apakan daya, abang-abang saya yang dapat. Hahaha…

Petangnya Final Muda berlangsung. Tapi sebab letih sangat, aku tidur dengan nyenyaknya dalam dewan itu. Habut lah! (bahasa pondan lg…) Usul pun bosan. Malas nak taip. Hahaha…

Esoknya hari untuk Final Utama. Menemukan UKM dengan UTHM. Wah! Hebat UTHM kali ni. Dengar cerita, kalau diorang menang, laptop sorang sebiji. Hahaha… gila best. Ramai la yang masuk debat kat UTHM nanti. Malang sedikit pagi tu, Abang Nuar sakit mata tetiba. N Abg Firdaus a.k.a Kak Da sakit tekak yang makin teruk. Kerisauan melanda. Harap-haraplah menang mereka itu.

FINAL MATCH : UKM VS UTHM

Usul: Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting

Pemenang: UKM

Alhamdulillah. 12 tahun menunggu. Akhirnya dapat semula mengakhirkan kemarau yang berlanjutan. Walaupun Usul sangat bosan dan sorakan dalam dewan berpihak kepada UTHM, namun UKM berjaya menepikan semua itu. Muncul joham Debat Piala Diraja 2009. Bangga pula. Hahahaha….

1st royal ini banyak memberi pengalaman dan ilmu kepada aku. Aku berharap aku dapat menjadi seperti mereka. Buat Abg Nuar, Tahniah ketrana berjaya merangkul gelaran pendebat terbaik walaupun bergelut dengan sakit mata. Abg Khalis, Kak Da, Abg Asri, tahniah buat anda semua. Saya bangga dengan anda. Harapnya aku dapat mengatasi segala masalah aku ini supaya aku dapat beraksi di pentas ASTAR  naik sem baru ini. Aku tak mahu jadi kuli lagi jadi aku kena usaha extra harder lepas ini.

Dan aku tidak lagi down selepas itu.

Special credit to abg khalis atas semangat dan dorongan kpd saya dalam YM semalam. Saya akan berusaha. (kenapa air mata nak mengalir ni?????)

~nak naik ASTAR~

Entri 12: Kotor

Tak ada apa nak cakap. Jadi aku nak merepek. Hahahaha….

Ada beberapa perangai manusia yang aku tak berapa gemar. Dah tentu related dengan aku punya title. Perangai kotor. Hurmmm…. Apa ya??

1) Kentut

Kentut memang melegakan. Tapi satu je aku pesan. Boleh tak jangan suka hati je lepas depan aku? Aku tak suka orang yang suka kentut kuat-kuat. Itui satu hal. Lepas tu bau pun semerbak. Memang celaka. Aku memang segan nak kentut berbunyi. Sebagai anak melayu yang jaga adab (ehehhe…) aku pergi jauh-jauh dulu baru lepas. Kentut merata memang sangat kurang ajar bagi aku.

2) Ceritakan pasal taik dia kepada orang lain

Tak ada kerja lain ke? Bunguks….

Setakat ini itu sahaja. Nanti akan diberitahu list terbaru.

~Kalau orang cerita benda lucah??? hurm…~

Entri 11: Penat nak beralah

Aku beri situasi ini:

Aku, A dan B sedang berada dalam pertandingan. Situasi ini berlaku dalam bilik penginapan. Bilik aku, A dan B dalam bilik yang sama. Tiba-tiba, ada super senior yang mahu tumpang bilik aku ni walaupun muat-muat 3 orang sahaja dalam bilik itu. Nak tak nak, seorang kena beralah untuk keluar dan tidur di bilik lain.

A: Ko keluar la Iqbal…

B: Ye lah. Baik bagi abang kita ni tido sini.

Aku: Apasal aku pulak???

A: Teruknye ko…. pahal cakap macam tu???

B: Senior kita kot. Hormat la sikit…

Aku: (dlm hati) Palehot ko. Apa sebab aku yang kena keluar? Kenapa korang x tawarkan diri keluar?

(rekaan semata-mata)

Hal ini selalu berlaku pada aku, Dimana aku sering jadi mangsa. Dalam situasi macam ini atau serupa dengannya, aku je yang kena. Pasti ada yang bernasib sama macam aku di luar sana.

Apa pendapat anda berkenaan si A dan si B ni? Tak sakit hati ke?

Cukup bercerita. Rasanya makin bercerita makin sakit hati. Walaupun situasi ini jarang berlaku sekarang ini, sekurang-kurangnya tak sekerap waktu di sekolah dulu, tak mustahil akan berlaku sekali lagi. Tau la apa jawapan aku selepas ini…

~melalut~

Entri 10: Oversea

Aku sibuk separuh hidup. Bukan separuh mati ye. Hahaha… Tidak ada masa untuk kemaskini blog. Baiklah… Aku mahu bercerita pasal tajuk entri aku.

Waktu aku online Facebook aku, terpandanglah status baru dari A.A. Kosmate aku. Hebat statusnya. Memandangkan dia seorang yang outspoken dan tak kisah apa kata orang lain, aku agak kagum. Ini statusnya:

aku tak pernah jeles atau heran langsung kalaupun kau dapat study kat oversea. tak payah la kau dok bangga-bangga sangat. orang lain pun belajar kat oversea jugak. and btw my dear friend, kau belajar teruk-teruk belum tentu kerja kau nanti bagus. jangan nak perasan. lima tahun kau duduk sana lima tahun kau nak bangga diri kat FB aku. wtf?

Penuh perasaan marah. Yelah. Berlagak. Siapa tak marah?

Tapi yang membuatkan aku tergerak nak bercerita pasal kisah ini sebab si S.Z bocor rahsia pasal pengucapan umum aku di SDAR dahulu masa Tingkatan 5 pada A.A. Sebenarnya bukan rahsia pun. Hahaha…

Baiklah. Kisah pengucapan umum tu begini. Pendek cerita, nama aku di undi sebagai yang bertuah untuk buat ucapan rutin setiap Isnin (Konon untuk membina keyakinan diri masa interview biasiswa. Fuck! Bukan aku dapat pun). Aku dah sedia dengan tajuk PLKN tapi aku ubah saat-saat akhir sebab tiba-tiba ghairah untuk bercakap pasal topik ini: BELAJAR DI DALAM NEGARA LEBIH BAIK DARIPADA BELAJAR DI LUAR NEGARA. Baiklah. Aku pun bercerita faedah-faedah dan kebaikan dan sebagainya. Baik. Habis berucap. Boleh kata ucapan aku dapat tepukan gemuruh hari itu. Hati dah happy dah. Siapa tahu selepas itu, naik pulak PK akademik aku semata-mata untuk komplen pasal ucapan aku. Sebelum ini beliau tak pernah komplen tentang ucapan budak batch aku dan aku yang bertuah pada pagi itu. Agak teruk aku kena hentam. Ucapan aku dikatakan agak offensive dan agak menyinggung perasaan guru lain yang belajar di luar negara. Tapi tak kisah. Ini pendapat aku.

Dalam ucapan itu, aku ada menyebut tentang sikap pelajar yang tergila-gila nak belajar oversea. Benar. Jangan nafikan. Dari sekolah rendah memang kita ada pasang cita-cita untuk belajar luar. Apa sebabnya? Ini sebab yang aku rasa paling utama. MAIN SALJI. Jangan bohong kalau kau tak ada mimpi tu. Terus terang, aku pun begitu. Tapi dulu. Sekarang tidak. Mentang-mentanglah Malaysia tak ada salji, tergedik-gedik nak salji.

Satu lagi niat asal pelajar kita yang aku sangat benci. Bila dengar mesti kelakar. MAHU MUKANYA TERPAMPANG DALAM DEDIKASI UCAPAN RAYA AIDILFITRI. Bukan apa. Konon nak tunjuk dirinya pandai sampai pergi luar negara. Ini juga jadi isi penting ucapan aku pagi tu.

Sebenarnya, aku juga ada niat lain kenapa ucapan itu aku buat. Untuk memberi gambaran kepada yang tak dapat belajar di luar negara bahawa Universiti di Malaysia ni tak lah bertaraf BANGANG sangat. Jadi aku juga menyerapkan semangat kepada golongan ini. Itulah. Nama pun SDAR. SBP. Haruslah pelajarnya belajar di luar negara. Jadi aku kena komplen depan perhimpunan pagi itu.

Kalau dulu, aku, mungkin kita semua juga akan bangga apabila ada yang belajar di luar negara. Kerana mereka memang layak. Tapi sekarang, minta maaf lah. Kau orang ni sama taraf dengan aku je. Cuma bezanya kau tu kaya. Jadi bila keputusan SPM kau tiada 1 pun A, mungkin ada gagal, kau masih boleh belajar di luar negara. Aku tak hormat golongan yang keputusan teruk tetapi dapat pergi luar negara dan anak orang kaya. Dan golongan yang menggunakan saluran tertentu untuk belajar di luar negara juga. Tiada kehormatan untukmu.

Jangan ingat semua yang belajar di luar negara tu pandai. Ada yang lupa diri setelah dapat belajar di luar negara. Siapa tahu, muka yang kita ingat pandai sangat sampai masuk surat khabar untuk ucapan raya, sebenarnya THE BIGGEST LOSER kat universitinya. Tunggu masa nak kena tendang balik Malaysia je.

Pesanan aku ringkas je. Yang dapat nasib baik tu, tolong sedar diri. Belajarlah betul-betul. Jangan bazirkan duit biasiswa kau. Duit rakyat tu. Yang anak orang kaya dan menggunakan saluran tertentu untuk belajar di luar negara, kau jangan berlagak. Kalau kau skor pun belum tentu aku hormat kau. Dan yang tak bernasib baik, jangan sedih. Malaysian university is not bad. Belajar di mana-mana pun sama je.

~ngantuk. mari tdo~