Entri 30: Penat

Apa je aku buat hari ni? Penat sangat ke?

Entahlah. Hehehehe…

Kebosanan melanda aku pagi tadi. Ingatkan lepas zohor nak balik Puchong. Then, handphone berbunyi. Oh, kakak aku call. Katanya, dia nak datang UKM esok. Jadi tak payah balik.

Aku dah kemas barulah nak cakap kan...

Tapi tak mengapa. Jimat duit.

Petang tadi pergi PC Fair lagi. Bosan sangat. Lagipun last day PC Fair. Jalan-jalan, window shopping, gatal tangan main lelong, nasib baik tak dapat barang tu. Kalau dapat mampus aku.Petang tadi dah buat confirmation untuk laptop baru. Minggu depan baru sampai katanya.

Hari dah nak petang. Jadi pulang menunggu bas. Eh, lupa…

Mana lah bas ni...

Hari ni cuti Thaipusam. Jadi drebar pun cuti lah. Wuwuwuwuwu….

Omputeh pun mintak cuti nak kena cucuk waktu Thaipusam...

Apa lagi, itik pulang petang lah jawabnya.

Quack! Quack!

Menghayati keindahan petang sambil berjalan kaki. Tapi terpaksa lalu Kolej Rahim Kajai. Ergh!!! Lepas tu lalu Dewan Gemilang. Nampak pulak motor bangsat tu. Tercemar keindahan petang aku. Cis!!!

Sampai bilik, facebook kejap, solat, beli midnight supper iaitu megi, then tidur…

Terbangun dan berblogging sampai sekarang.

Hahaha… Simple life.

~bercerita tentang apa kita buat hari ini dalam blog adalah lebih baik walaupun ada yang meluat. Daripada mengutuk Sultan. Ada faedah???~

Entri 29: Berharap

Terasa kebergantungan aku pada ALLAH sangat kukuh hari ini. Walaupun banyak buat dosa.

(untuk sesiapa yang baca: jangan kau nak cemuh aku jahat. Kekadang kita sendiri buat dosa yang kita sendiri tak sedar. Jadi baik mengaku)

Hari ini, aku ke PC Fair yang diadakan di UKM. Memang aku suka pergi sana.

Tiba-tiba, aku disapa seorang akak.

Akak tu muke mcm Leeya...

Akak tu bukan jual barang komputer… Jual ape entah… kind of perkhidmatan… SANTAI namanya… macam-macam. 1 kad ade 18 faedah lah. Aku tak tertarik. Aku dengar je lah.

Dan akak tu pun goda aku untuk join benda tu…

Aku ada masalah di situ. Aku tak reti menolak. Akak tu pula tak habis-habis goda aku.

Akak: Dik, rugi tak join. Untuk masa depan. ramai yang berebut nak join ni. Aku: Errr..

Sudahnya???

Terbang RM 388…

Duit aku.... jangan lari....

Aku antara rela tak rela je daftar benda alah tu. Memanglah benda tu ada kebaikannya. Tapi aku tak nampak kegunaannya untuk aku. Adoi…

Duit dah rugi. Rasa bodoh je pergi daftar menda alah tu.

Itu sebab aku redha je ni…

Aku berdoa agar apa yang aku buat itu mendatangkan faedah yang dijanjikan dan aku tak menanggung hutang yang banyak bila umur aku meningkat kelak.

Harap je umur dah 20. Tapi belum tau lagi nak fikir secara rasional.

~kesian aku~

Entri 28: Suka Dan Marah

Perasaan bercampur-baur hari ini. Ada suka dan marah. Tapi sedih tak ada. Aku mahu mengeraskan hati aku. Hahaha…

Apa yang aku suka sangat?

Yes. I am happy... Hahaha...

1) Sekian lama aku mahu berpindah kolej. Entri sebelum ni pun aku dah banyak cerita peritnya aku duduk di kolej fasiliti murah yuran mahal nak mampos. Sakit hati. Duit PTPTPu, eh, PTPTN (ampun, tersyasyul plak) aku da sikit ditelannya. Jadi aku buat keputusan untuk pindah kolej. Maka semalam aku telah pergi ke kolej pilihan aku, Kolej Dato Onn. Bukan Rahim Kajai ye. Past is past. Setelah bertanya dan melalui sedikit kerenah birokrasi (mcm ade) maka aku disuruh menulis surat rasmi untuk memohon menetap di kolej itu.

Matilahh... karangan spm pon tak ada suruh buat surat rasmi

Pening lah juga. Nasib ada Muis Ismail, rakan kuliah aku. Panjang jugak ayat surat aku. Nak sangat. Jadi gigih menyiapkan. Pendek cerita, siap dan aku serah. Hari ni, aku di arah  pergi semula ke pejabat kolej itu dan di interview lite2. Sesudah itu, aku bersedia ke kuliah. Tetiba dapat mesej.

anda diterima masuk ke KDO sem hadapan

Terkejut aku macam kucing ni...

Memanglah gud news. Siapa tak happy kan???

So…

Bye-bye Keris Mas

And…

Hello Dato Onn!!!

2)Aku baru pulang dari menyambut hari jadi senior debatku, Abang Hasrul Hashim.  Bertempat di Tasik Idaman, (tak tau kat mana tempat ni) hari jadi beliau disambut setelah dijelatangkan semalam. Hahaha.. Rugi tak join. Tapi baik lari.Nanti aku pula yang dijelatangkan. Memang makan besar. Seperti yang aku suka. Makan free. Hehehe… Disertai oleh alunan karaoke dan deejay yang sentiaa menemani kami sepanjang acara berlangsung. Tonight is da memorable night for me. Tapi sorila. Aku tak tangkap gambar pun… Apa-apapun, hari yang indah.

Apa yang buat aku marah???

Nak volunteer untuk ditumbuk muka sampai pecah...

1) Satu-satunya laluan untuk aku masuk ke blok aku telah ditutup sempena pilihanraya kampus. Aku guna laluan tu nak masuk blok, nak pergi ampaian sidai baju, jalan keluar, bla bla bla…pendek kata itulah laluan aku untuk ke dunia luar. (cewah!!!) Mula-mula aku tak tau motif gril dikunci. Nak mengundi khamis ni. Baru aku faham.

Aku da kata. Kau nak main politik busuk kau tu suka hati kau lah. Tengok. Aku yang ditimpa susah. Bangang laa… Marah betul rasanya…

My only way is blocked...

Memang hangin. Kena cari jalan jauh nak sidai baju. Goblocks… Marah ni!!!

2) Dalam gembira aku di Tasik impian tadi, ada jugak perkara yang buat aku sangat marah. J (bukan nama realiti) buat aku macam budak bodoh. Langsung tak bercakap dengan aku. Kenapa? Ada something yang berlaku masa vacation PD. Itu pun dah cukup meluat aku perhatikan. Maka aku pun kata:

“Ape kena ko? Raba orang sana sini. MURAH!!!”

Macam 1 sen taraf murah kau ni

Ergh.. meluat tau tak??? Tak payah berlagak… Tunggu je saat nanti…

It sahaja untuk hari ini.. Nak terasa ke, pegi mampos… tak ada kerja aku nak pujuk-pujuk  lagi…

~mengantuk~

Entri 27: Guna Otak

Kalau aku jadi PM Malaysia nanti, rasanya aku nak jalankan kempen ini:

KEMPEN GUNA OTAK DENGAN BIJAK

Mari gunakan fungsi otak!!!

Kenapa ya? Tetiba je nak buat kempen ni.

Sekarang ni warga Malaysia terlalu outspoken. Senang cerita, KURANG AJAR GILA BABI!!! Salah gunakan kebebasan demokrasi. Suka hati mereka je nak cakap itu ini. Tak pernah fikir apa yang dikatakan itu baik atau tidak.

Dalam konteks blogger ni, banyak blog-blog yang ditubuhkan untuk menghina orang itu dan orang ini. Semuanya hanya kerana perbezaan fahaman politik. Cerca ikut suka mulut dia je. Yang penting hati mereka puas, dan paling penting, makna demokrasi tu dah digunakan dengan sebaik-baiknya.

GUNA SEBAIK-BAIKNYA????

Kau bodoh macam orang tua ni kalau kau fikir macam tu

 

Sebab berbeza pandangan pun nak jadi gaduh. Macam budak kecik.

Sekarang ni bukan ahli politik je kena kutuk. Sultan pun kena sekali. Biadap. Rasanya betullah Reader’s Digest buat kajian dulu. Malaysia (kalau tak silap) ranking no 3 sebagai negara paling biadap di dunia. Walaupun mereka tak kaji pasal hina Sultan, tapi result tu boleh dipakai untuk situasi ini.

Sultan tu kan berdaulat. Yang suka hati mak bapak nenek datuk moyang abah kau kutuk sultan ni apa kes??? Siapa kau dalam negara ni? Tu lah. Salah guna blog. Agaknya tak tau lagi yang blog ni 1 dunia boleh baca.

Kes terbaru. Hina Sultan johor yang dah mangkat baru-baru ini. Fuuuhhh…. siapa yang sempat baca tu, kasitau saya apa isinya. Haiya… orang dah mati pun kita dilarang umpat keji. Apatah lagi yang bergelar SULTAN. Kalau Almarhum buat salah pun, apa hak kau nak keji dia?

Orang dah mati, jangan dikeji, diumpat. Mengumpat orang hidup pun dah dosa besar, ni kan kau mengumpat yang dah meninggal. Lepas tu kau post pula dalam blog.

Tu aku cakap, rakyat Malaysia ni “BIJAK” sangat guna otak. Perlu kot kempen tu diadakan.

Report polis dah melambak dah. Kutuklah lagi Almarhum tu kalau kau rasa besar sangat. Dah terlambat kau nak minta maaf. Jawablah nanti depan mahkamah.

Tu baru di dunia. Akhirat?

Jawab sendiri…

Guna otak kalau nak meluahkan perasaan….

~lapar…~

Entri 26: Blog Yang Sangat Menghiburkan

Terkadang aku suka baca blog orang. Seronok pun ada. Kali ni aku nak share tentang blog yang disarankan oleh rakan aku untuk dibaca.

WARNING: Sesiapa yang tidak suka, jijik, suka mencerca atau mengeji atau seumpamanya dengan golongan ini, anda disarankan jangan buka blog ini kerana blog ini bukan untuk orang seperti anda.

MERIAH KE TIDAK UOLSS? (http://meriahuoll.blogspot.com/)

Blog ini sangat lucu dan kelakar. Pertama kali aku membacanya, sumpah lawak nak mampos! Sakit perut aku sebab selalu gelak. Hadoi…

Sedikit pengenalan. Owner blog ni senang dikenali dengan panggilan Kak Senduk. Beliau ini lelaki ye. Kenapa ada “kak”? Sila faham-fahamkan sendiri. Setelah membaca blog ini, mungkin tema blog ini semata-mata untuk menceritakan tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling dirinya. Apa yang aku suka, ialah gaya penceritaannya yang sangat kelakar dan lawak. Ada terdapat beberapa bahasa untuk “golongan ini” yang hanya difahami oleh orang yang berkawan dengan “golongan ini” atau menjadi sebahagian dari “golongan ini”. Aku? Hahaha… Aku bukan jenis itu. Tetapi aku faham bahasa dan penyampaian itu.

Penulis blog ini juga kadang-kadang menyindir perangai manusia yang berada di sekelilingnya. Anda boleh baca sendiri blog ini. Beberapa entri blognya berkata tentang betapa buruknya perangai manusia yang berada di sekelilingnya. Juga tidak ketinggalan mengutuk manusia yang sentiasa mengeji golongan seperti dia.

Dari sudut positif, blog ini juga banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Aku tak mahu nyatakan apakah pengajaran itu. Jika ada yang membaca blog ini, enjoy membacanya dan sila ambil pengajaran daripada kisah-kisah dan drama-drama yang berlaku di sekeliling insan bernama KAK SENDUK.

To Kak Senduk, saya minta izin mengulas blog Kak Senduk. First time baca pun dah buat saya gelak gila-gila. Dan banyak iktibar dan pengajaran daripada kisah Kak Senduk. Saya menantikan entri terbaru dari Kak Senduk.

~ada lagi tak blog-blog kelakar???~

Entri 25: Tak Ada Kerja

Selama ni entri aku macam serius je. Ni tengah bosan.  Makanya  2 entri dalam 1 hari. Hahahaha…

Tengah malam ni memang rasa lapar. Teringat dulu-dulu semasa merempat di sana. Kalau bosan, Mapley jadi tumpuan ditengah malam ini.

Pinjam gambar ye. Tapi bukan mapley ni yang aku pergi. Itu sekadar gambar hiasan. Hahahaha..

Menu ini terbayang di otak:

Tom Yam

Udang Goreng Tepung

Maggi Goreng

Sungguh pelahap aku ini. Hahaha…

Lepas kenyang leh berasap kan… bukan rokok. Shisha je…

Ala tomeynye kucen ni nak icap chicha gak....

Itu dulu….

Sekarang semua itu tiada lagi.

Aku tak pergi mapley dah malam-malam. Aku dah tak hisap shisha dah. Sebab tiada orang nak ajak.

Dan 1 lagi sebab…

BERAT AKU DAH EXCEED 100 KG….

Terkejut beruk aku… gaya hidup yang tak sihat… Ingat maintain je. Hadoi… Risau.

Sebelum aku kena kencing manis or darah tinggi or barah, baik aku stop semua benda di atas itu. Makan di mapley mungkin boleh tapi bila ada geng aja. Sejak aku dah tak lagi merempat di sana, maka aku dah tak lagi geng dengan mereka. Biarlah.

YANG SHISHA TU PENTING TU!!! BERHENTI JUGAK!!!

~memarahi diri sendiri~

Entri 24: Salah Sendiri

Selalu apabila kita gagal dalam sesuatu, kita cenderung menyalahkan entiti lain sebagai punca kegagalan kita. Lumrah alam kan? Aku bicara hal ini dari konteks pelajaran. Lagipun aku masih seorang pelajar. Buat apa nak berbincang tentang alam pekerjaan atau perkahwinan. Tunggu entri ke 100++ kalau nak cerita. Hahahaha…

Walaubagaimanapun, jika belajar bagai nak rak sekalipun tetapi masih gagal, siapa nak dipersalahkan? Takkan nak menyalahkan takdir? Takdir dah tertulis. Boleh diubah jika ada usaha dan doa. (Harapnya ayat aku itu tidak mencetuskan kontroversi. Jika salah tolong betulkan).

Biasa kita dengar perkataan ini:

“cikgu ajar tah pape tah”

“tak faham langsung subjek ni”

“fail pon sebab sakit”

Ayat ini akan mengundang kemarahan guru-guru. Betul. Guru mana yang tak terasa hati. Maka apabila kita gagal dan sering tertanya-tanya sebab kegagalan kita, maka ayat mudah ini akan terkeluar dari insan bergelar guru:

“jangan tanya saya kenapa kamu gagal. Tanya diri kamu sendiri”

Bukan hendak menafikan kesalahan sendiri. Benar kegagalan seseorang mungkin disebabkan diri sendiri. Tapi fikirkan kembali. Sekiranya sebab yang dinyatakan diatas benar, contohnya guru itu memang benar tidak pandai mengajar, haruskah hendak menyalahkan diri sendiri? Apakah ayat yang sama harus dilemparkan oleh guru kepada pelajar cemerlang di sekolah andai pelajar cemerlang itu gagal dalam subjek yang diajar oleh guru yang tak pandai mengajar itu? Ayat ini pula yang muncul:

“dah tak ada rezeki”

Kecenderungan orang dewasa memang begitu. Mereka enggan menyalahkan diri sendiri. Samalah situasinya dengan para pelajar. Namun oleh kerana mereka lebih tua dan harus dihormati, maka para pelajar yang muda perlu menelan hakikat yang kegagalan kita disebabkan oleh diri kita sendiri. Sedangkan mereka tidak tahu kesalahan diri sendiri. Sentiasa betul. Sukar mengikis ego itu.

Pelajar macam aku ini juga akan meningkat dewasa nanti. Maka pelajar juga harus mengambil iktibar dari perkara diatas. Sukar untuk mengikis ego. Aku akui. Tapi tak salah mencuba.

Dan sekiranya kita gagal dalam exam, boleh tanya diri kita dahulu. Andai benar dan yakin bukan diri kita punca kita gagal exam, maka baru logik kita salahkan entiti lain.

~skor 4flat~

Entri 23: Genting

Macam dijanjikan, kisah percutian ke Genting akan diceritakan. Hahahaha….

Plan untuk ke Genting tu sudah dirancang sebelum insiden bodoh melanda diri aku. (sekarang aku fikir apa yang berlaku terhadap aku ialah perkara paling bodoh). Jadi ada trip ni pula, boleh aku jadikan sebagai peluang untuk melupakan masalah itu. Thanks kengkawan.

Bercerita pasal ke Genting ni, ini merupakan kali kedua aku ke sana. Kali pertama ialah ketika Tingkatan 4. Reward untuk dorm paling bersih semasa Tingkatan 3. Hahahaha…

Ni la first time aku ke genting

Thanks Bob! Simpan lagi gambar ni. Hahahaha…

Apa yang menariknya lawatan kedua aku ini ialah antara coursemate dalam PPSM sahaja. Ada la 2 orang dari jabatan lain. Hanun punya member. Tapi tak kisah. Dan paling best, tiada kawalan dari insan bergelar CIKGU a.k.a WARDEN di situ. Ada mereka, sah-sah pergerakan terkawal. Tak seronok. Nanti main itu ini tak boleh. Juga, kami bermalam di sana. Jadi dapat lihat pemandangan Genting pada waktu malam. Khabarnya sangat indah. Memang benar. Kabus yang tak berapa tebal memang sangat sejuk. Kurang-kurang merasa la macam berada di negara iklim 4 musim. (korea of course!!!)

Ini replika Genting

Memang seronok berada di sana. Bebas tanpa kawalan sesiapa pun. Almaklumlah kami dah dewasa. Jadi pandai-pandai lah jaga diri sendiri. Kali ni aku dapat naik Corkscrew. Ala, roller coaster yang buat orang terbalik tu. Sebelum ni tak dapat naik. Sebab orangnya berehat. Kami (baca: kawan sekolah) tak cukup masa waktu tu. Jadi biarkan sahaja. Tetapi tetap tak mencuba lagi Flying Coaster. Pertamanya, nak main menatang tu kene bayar. Keduanya, terlalu extreme. Sakit jantung aku karang. Dan aku tak naik pun Space Shot. Juga sangat extreme. Pertama kali naik dulu, aku hampir tak dapat bernafas ketika jatuh secara free fall. Agaknya macam tu yang berlaku ke atas orang bunuh diri. Sesuai juga untuk mereka. Biarkan mereka fikir 2 kali kalau nak bunuh diri. Hehehehe…

Space Shot. Tempat jantung tertinggal di puncaknya. Ahakz!

Kami (baca: Coursemate) pilih untuk bermalam sebab tak puas lagi nak meronda di Genting ni. Malam tu aku sambung bermain Cyclone. Dan bersama Khai dan gurlz ke Snow World. Pertama kali aku masuk situ. Seronok. Berasap je bila bernafas. Memang sangat sejuk. Tetapi best! Merasa jugak baling-baling salji tiruan. Hahaha…

Dalam Snow World. Gambar diambil secara tergesa-gesa. Tak mau kantoi. Hahaha...

Di Genting juga, pelbagai ragam manusia aku jumpa. Ada couple berpeluk tanpa segan silu. Pakaian yang sangat berani menghadapi kesejukan Genting (terdedah laa).  Dan juga aku perhati hampir 70% pengunjung Genting ialah bangsa CINA. Dah founder Genting pun orang cina. Support kaum sendiri la.

Teringat beberapa member aku yang dilarang oleh parents mereka untuk menjejakkan kaki ke Genting. Tempat maksiat katanya. Nak sebut Genting je dah kena pelempang (Aku tipu tu. Tapi kalau mak bapak extreme memang berlaku peristiwa tu). Kolotnya mereka. Tapi bila dah pandang sendiri, baru aku akui kebenarannya. Kira sama taraf macam menjejakkan kaki ke kelab malam. Apatah lagi Genting ada kasino. Lagilah tempat maksiat. Juga, dengarnya, Jabatan Agama Islam, tak kisahlah negeri mana pun, tidak dibenarkan membuat rondaan mencegah maksiat terhadap pasangan yang bermalam di hotel atas dasar privasi yang diamalkan di hotel itu. Memang port sesuai la Genting ni untuk (…………………) faham-faham lah ye.

Apa-apapun, aku tetap seronok ketika berada di Genting. Hilang segala masalah. Terima kasih coursemate! Memang memori manis ketika berada di sana. Takkan Aku lupa kenangan itu.

Ada lagi next vacation. Next destination, Port Dickson. Kali ni bersama ahli-ahli debat dan alumni debat UKM. Juga akan diceritakan nanti.

~tahun depan nak pergi mana pula???~

Entri 22: A New Start

Entri ini tajuknya berbahasa inggeris.

Macam tajuknya, aku mahu mulakan hidup baru mulai esok.

Aku mahu sibuk dengan nombor (of course laa), latihan debat, dan mahu duduk di bilik tercinta di kolej yang mahal ini.

Mungkin niat untuk berpindah kolej masih ada tetapi bukan di kolej tempat aku merempat dahulu.

Banyak kenangan pahit yang aku dapat disitu.

Jadi aku fikir aku harus cancel out that kolej.

Aku akan cari kolej lain yang mana aku ada kawan yang tidak berprasangka buruk dengan aku dan menuduh serta memfitnah aku.

Sudahlah, tak guna bercerita lagi.

Hidup baru bermula esok walaupun 1 januari da lama berlalu.

Bersama coursemate dan ahli-ahli debat.

DAN BUKAN DENGAN MEREKA ITU!!!!

Aku tak kenal dah siapa mereka.

Aku harap biar sampai aku mati aku takkan berjumpa mereka lagi.

Esok (eh, beberapa jam lagi) aku akan ke Genting Highlands.

Aku mahu melupakan masalah persahabatan ini.

Entri seterusnya haruslah aku menceritakan pasal vacation aku.

Baiklah, aku mahu rehat.

Selamat malam semua…..

~sangat mahu belajar bahasa korea~

Entri 21: Terkilan

Sangat terkilan.

Apabila rakan baik aku selama ini telah membenci aku.

Malahan sanggup mencederakan aku jika aku berani berjumpa dengannya.

Atas kesalahan yang aku tak pasti benar atau tidak aku lakukan.

Apa kesalahannya???

Tak perlu aku ceritakan.

Tetapi cukup untuk memberi dia satu tafsiran yang aku ini menjijikkan.

Apatah lagi kesalahan itu telah divideokan oleh seseorang yang sangat tidak berhati perut.

Aku tak tahu apa motif SYAITAN itu merakam kesalahan aku itu.

Semata-mata untuk jenaka atau untuk memalukan aku.

Entahlah…

Sedih apabila mendapat mesej berbentuk tengkingan malam tadi.

Sedangkan 2 hari lepas aku dan dia macam biasa.

Dan semalam terus memusuhi aku.

UPPERCASE semua ayatnya…

Jelas aku terlalu jijik padanya…

Aku rasa aku tak patut sedih sekarang.

Mungkin ALLAH mahu tunjukkan sesuatu di sebalik apa yang berlaku padaku.

Kerana disebabkan dia, aku lupa kepada kawan-kawan yang lain.

Aku lupa untuk pulang ke kampung.

Aku lupa kepada ibuku yang berada keseorangan di rumah.

Betapa lalainya aku selama ini ya ALLAH….

Ampuni dosa hambamu ini ya ALLAH…

Sudah.

Aku masih boleh mendapat kawan yang lagi baik daripada dia.

Pedulikan dia.

Buka sahaja buku baru dalam hidup aku.

Aku akan lupuskan segala kenangan selama aku berkawan dengan dia.

Kerana tiada guna aku berterusan mengenangnya.

Aku ada debat yang perlu dihadiri latihannya untuk memantapkan diriku.

Aku perlu mengulangkaji pelajaranku yang selama ini aku abaikan sehingga aku mendapat keputusan yang tak sepatutnya aku peroleh.

Semua yang aku abaikan selama ini adalah disebabkan oleh dia.

Aku yang terlalu ingin sangat berasa diterima olehnya sebagai kawan.

Sedangkan kawan aku yang lain ramai.

Cuma aku yang menjadi buta setelah bertemu dengannya.

Entahlah…

Sekarang aku perlu betul-betul melupakannya.

Kerana tiada guna terhegeh-hegeh meminta maaf.

Sebab aku tau tiada kemaafan untuk aku.

Terpulang jika kau mahu membenci aku.

Aku tak mahu fikir pasal kau dah.

Lantak kaulah apa kau nak buat lepas ni.

~aljabar seronok~

« Older entries