Entri 37: Bersemadilah

Lama tak jenguk blog ni. Sawang sudah.

Sedang melayari facebook, saja-saja melihat page senior SDAR dahulu, aku terjumpa group ini.

REST IN PEACE SULAIMAN

Terus melayang ingatan pada ketika itu.

26 Mac 2009. Waktu ni aku masih belajar di KMPh. Matrix Pahang. Kalau tak silap aku, baru habis kelas pukul 4 petang. Terus aku ke mart untuk melegakan kehausan dan kemengantukan. Petang yang terik jadi mengantuk semasa kelas. Sesudah membeli air, melangkah untuk balik ke bilik tapi langkah terhenti bila melihat surat khabar. Muka depan sangat menarik.

Empat pelajar UiTM maut kemalangan

Okeh. berita kemalangan biasa aku baca. Apa yang menarik perhatian ialah mangsa yang terlibat itu.

Sangat tersentap dan terus kalimah innalillah laju keluar….

Salah seorang mangsa itu memang aku kenal. Senior SDAR aku. Gambarnya ada dipaparkan.

———————————————————————————————————————–

Ketika ini aku terkenang zaman sekolah dahulu.

Aku memang mengenali dia namun tidak begitu merapatinya kerana aku tidak senang dengan kelakuannya yang suka menyuruh junior seperti aku buat itu ini. Itu tradisi. Namun tak lah sehingga buat perkara yang tak masuk akal. Aku teringat ketika dia menyuruh aku mengambil air masak dari dining hall. Aku memang pantang dengan kerja-kerja kuli ini. tambahan pula waktu itu pukul 5.30 (approx.) petang. mana boleh masuk dining lagi. Namun aku buat juga kerana tidak mahu masalah berlaku selepas itu. Tapi aku tidak ke dining. Aku ke bilik basuh baju yang bersebelahan dengan bilik aku ketika itu dan mengisi botol yang diberikan dengan air paip. Aku lakukan dalam keadaan serba salah namun terselit juga sedikit kejahatan. Aku menunggu lama untuk membuatkan dia percaya aku ke dining. Cukup tempoh masa logik, aku ke biliknya dan menyerahkan botol berisi “air masak’ itu. Dia tidak tahu. Maka aku berlalu ke bilik aku dan melakukan perkara seterusnya.

Dia tidak tahu perkara itu sehinggalah ajal datang menjemputnya.

Saat ini terasa berdosa pula terhadap dia. Tak tahu apa harus aku lakukan. Mungkin Al-Fatihah sahaja aku kirimkan untuk ketenangan rohnya disana.

Maafkan aku. Dan aku maafkan kesalahan kau terhadap aku. Moga tenang roh kau di barzakh.

Al Fatihah..

p.s/ Aku dipanggil LEMAN oleh budak batch aku sempena gaya aku yang suka botak, serupa dengan diri arwah…

ini link berita kemalangan itu: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

~Selamat Maulidur Rasul~

Advertisements

Entri 36: Lego

Masa kecik-kecik dulu, aku suka main lego. Kenal tak lego? Yang main susun bata-bata plastik macam-macam warna tu. Seronok main. Buat pelbagai bentuk. Orang, kapal terbang,  buaya, rumah, macam-macam lagi. Kononnya boleh jadi arkitek besar nanti. Hahahaha…

Kalau kreatif kan, macam-macam bentuk kita boleh buat. Itu seronoknya main lego.

Aku terjumpa beberapa design lego yang sangat superb. Kalau korang pun canggih ideanya, try buat yang lagi masyuk dan superb. Ni antara yang cantik, unik dan pelik aku jumpa.

Kasut ni boleh pakai tak???

Apa benda nih aku tak tahu tapi sangat superb!!!

VROOMMM!!!

Macam dungeon and dragons je...

Belanda versi lego

Yang ni sumpah smart designnya

Ironman dah jadi Legoman sudeyh...

GoogLEGO...

Wall-E pun ada...

keretapi ni namanya POLAR EXPRESS

Amacam? Boleh ke korang buat lagi canggih dari ini?

Lego bukan lagi permainan budak-budak. Design kat atas tu pun bukan budak-budak yang buat.

~hebat~

Entri 35: Bengang

Rasa mahu menaip sesuatu. Tapi tak boleh. Sebab Blog memang mempunyai tendency untuk dibaca oleh semua orang. Jadi aku tak boleh menjadikan blog ini sebagai diari. Sebab aku rasa aku dah memperlakukan blog ni macam diari.

Baik. Ada sesuatu yang perlu aku luahkan dan aku akan luahkan di atas kertas sahaja.

~lalala~

Entri 34: Hantu

Tengok filem hantu memang seronok. Tiba-tiba nak tengok semula filem JU-ON. Part hantu dalam selimut. Sangan seram. 2 minggu aku tak berselimut waktu tidur. Hahahaha…

(nak taruk gambar JU-On dalam entri ni tapi ngeri pulak tengok. Tak jadi lah)

Korang pernah tak dikenakan oleh member-member korang dengan video hantu atau sebagainya?

Kalau ada yang pernah tengok video ini, 1st time tengok mesti marah n terperanjat kat kawan korang. Alaa… video sebuah bilik ada kerusi goyang. Pastu dia suruh tenung kerusi goyang sampai kerusi tu bergoyang sendiri. Bajet pelik la kan tetiba je bergoyang sendiri. Then, WAAARRRRGGGHHHH!!!!! Ambik ko. Terkejut sekejap. Mula-mula aku kena, kena carutlah kawan aku tu. Ada kisah lain pula, orang lain tengok video itu waktu bonceng motor. Terus dicampak handphone membernya. Padan muka. Hahaha…

Waktu matrikulasi lagi kelakar. Lepas kuliah kimia, lecturer aku kasi tengok flash video. Latar belakang baik punya lawa. Ada lagu Hindustan dengan lirik. Ingatkan apa. Baca dan mula nak nyanyi. Skali imej menakutkan keluar secara ‘appear’. WAAAARRRRGGGHHHH!!! Menjerit aku. Terkejut. Paling best, hanya aku seorang yang bergelar jejaka yang menjerit. Terkantoi suara kuat. Semua gelak. Celanat sangat.

Anda mahu tengok video-video itu? Rajin-rajinlah buka Utube atau minta pada member-member korang. Yang pasti, kalau tak mahu kena carut, jangan memandai suggest link-link yang membawa kepada perasaan terkejut. Aku bunuh korang nanti.

~ WAAARRRGGGHHHH!!!!~

Entri 33: Rasis

Ni bukan entri utk mengumpat orang bernama Rasis. (walaupun di matrikulasi dahulu ada rakan kuliah bernama Rasis. Hahaha)

Rasis pun tak tau? BI ejaannya RACIST.

Sebut BI baru nak faham. Tampar kang. Hahaha…

Adik tampar kang...

Okeh. Topik asal.

Aku merasakan rasis ni semakin kuat. Tak tahu kenapa.Ini storinya.

KISAH 1

Dalam kelas TITAS, kami belajar tentang………….. ok, aku lupa. Apapun, paling diingati apabila lecturer itu menmbuka isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam. Memanglah isu sensitif. Boleh bantai lagi lecturer tu tanya kat beberapa Chinese dalam kelas aku.

Tergagap-gagaplah mereka… terus berkumandang lagu GAGAP Stacy…

Kenapa bah disebut_sebut nama aku???

Nak kata setuju nanti, almaklumlah akan dicemuh majoriti nanti. Safe way, said ‘tak tahu laa’.

Kesan daripada isu ini?

Minggu depannya, dalam 20 Chinese tidak hadir dalam kelas. Bila rakan aku, Zain menelefon rakan Chinesenya, ini jawapannya.

‘Kami dah tukar set TITAS’

MOTIFFFFFF??????????

Tergamam sekejap. Ok. Aku dah faham sebenarnya. Gara-gara isu itu, mereka terus tukar set. Close minded.

KISAH 2

Yang ni baru je berlaku tadi. Semasa kelas statistik, aku datang lewat. Oh, sudah berganti lecturer baru. Happy. Jadi belajarlah aku. Dalam 45 minit mengajar bab baru, dia menamatkan kuliah dengan sedikit hal berkenaan apa yang dia tak gemar pelajar buat ketika dia mengajar. Hal 1 dengan Hal 2 tiada masalah sebab aku dah biasa dengar ayat-ayat cliche ni. Namun, hal ketiga ini lebih menyentap.

‘Saya tak mahu dengar ssbarang bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.”

Lagi terkesima mereka iu.

Tak tahu lah kalau mereka nak buat mogok juga di UKM nih…

Itu sahaja. Penilaian? fikir sendiri~

Entri 32: Rindu Sekolah

Tak lambat lagi aku nak ucapkan tahniah untuk sekolah aku, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) atas kejayaan tersenarai dalam 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT). Rasa sangat bangga. Maklumlah dulu 1st 30 sekolah kluster tak dapat. Menunggu tahun depannnya barulah dapat pengiktirafan sekolah kluster. Bekas pelajar sangat bangga dengan pengiktirafan ini. Walaupun aku tak tahu apa dah jadi dengan sistem pendidikan Malaysia sekarang ni. Hahaha..

Tu diaaa.... 20 sekolah hebat...

Suka sangat walaupun pengiktirafan itu tak pernah aku rasai ketika menuntut di situ dahulu.

Bila tengok semua ini, aku rasa rindu dengan sekolah. Terkenang kembali saat mula masuk dahulu.

5 tahun berada di sana, banyaklah kenangan manis dan pahit yang aku rasa. Dari Form 1 sampai Form 5. Walaupun terikat dengan peraturan ketat di sekolah yang membuatkan aku jadi skema tiba-tiba, tapi kekadang aku enjoy dengan hidup yang baru nak masuk alam remaja waktu tu.

Hubungan dengan rakan sebaya ( budak batch ) start unite ketika Form 3. Waktu itu pengawas dah di lantik dari kalangan kami. Memang bond yang dijalin itu agak kukuh walaupun rintangan melanda. Batch kami, Gemilang 03’7  sangat disenangi guru-guru tetapi bukan pengetuanya. Aku tak tahu mana silap kami, namun kami selalu dianaktirikan olehnya. Banyak kertas kerja berkenaan aktiviti yang telah direject olehnya. Dan kemuncaknya apabila ada beberapa orang yang telah digantung sekolah kerana kantoi fly ( keluar malam ) dan sedihnya, ada juga pengawas yang terlibat sama, dilucutkan jawatan dan digantung jua. Sedangkan itu kesalahan pertama mereka dan mereka tidak diberi peluang membela diri. Agak kasihan. Dan batch kami juga sering dikutuk-kutuk oleh beliau (yang kini dah pun bergelar Dato’ dan berpindah ke sekolah lain) ketika perhimpunan pagi. Namun perkara ini agaknya yang menyebabkan hubungnan kani semakin kukuh.

Aku juga terkenang kembali rutin harian sehari-hariketika berada di sekolah dahulu. Bangun seawal 5.30 pagi untuk jemaah subuh di masjid, bersiap-siap, ke dewan makan, perhimpunan, prep, suasana malam, semua tu sangat aku rindu. Memang kadangkala rasa sangat fuck bila terkenangkan peraturan yang sangat menyakitkan hati. Namun bila dah meninggalkan sekolah itu, baru rasa sangat menghargai semua peraturan itu.

Dah hampir 3 tahun aku meninggalkan sekolah ini. Terasa ingin kembali muda untuk kembali merasai pengalaman indah itu.

LOVE U SO MUCH SDAR!!!

~(^_^)~

Entri 31: Kemas Bilik

Bilik aku sangat sepah. Tapi side aku je lah. Start masuk sem 2 lagi. Nak tengok sepahnya?

Baju pun ada lagi dalam beg gedabak tu. Loker pun kosong. Meja sepah

Katil tidur pun sepah. Kasut pun sama.

Maka pulang je dari ICT fair (banyak pulak pameran gajet-gajet murah dekat UKM), terus berkemas macam baru masuk UKM. Solat asar dulu, then basuh baju, barulah berkemas. Penat juga.

Dalam sejam berkemas, maka inilah hasilnya…

Susunan meja dah berubah. Meja dah kemas. Loker dah penuh dengan baju-baju dan seluar-seluar

Katil kosong!!! Bersih!!!

(Sila abaikan corak cadar aku)

Puas hati. Tapi rasanya akan kembali semula ke keadaan asal. Malas nak lipat baju. Jadi? Longgok atas kerusi dan biarkan. Haish… Pemalasnya aku…

Kena rajin mengemas katil dan side aku lepas ini. Hahaha..

~puas hati~