Entri 56: Kent

Apakah itu Kent? Makanan? Rokok? Jus buah? Jeans?

*teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttt*

Kalau nak tahu, mari saya bawa anda melancong ke England. Sediakan kelengkapan yang perlu. Kapal terbang Shundaichi Airlines akan berlepas sebentar lagi. (wakakakaka….)

Semalam aku menghadiri taklimat tentang aktuari. Penceramahnya datang dari England. Mr. Nick Wood namanya dan mengajar di UNIVERSITY OF KENT. Oh, ini sangat menarik. Dalam ceramahnya semalam, beliau menerangkan apa itu aktuari, bagaimana kerjanya, kod etika seorang aktuari, dan bermacam lagi. Paling best bila tunjuk gaji. Bayangkan jika hanya bergelar student yang ambil at least diploma kat university tu, kalau kerja dalam bidang aktuari, gajinya £30500++. Sila ambil perhatian bahawa itu nilai dalam pound sterling. Bukan ringgit atau rupiah. Hahaha… Jadi, kalau dah jadi senior actuary, kira sendiri la gaji korang setahun. Lagi mewah dari doktor dan jurutera (yang ramai orang anggap gaji banyak). Hahaha…

Seriusly, aku rasa aku buat pilihan yang betul untuk ambil kos ni. Kena buat betul-betul lepas ni.

Baiklah. jika nak tahu lebih lanjut tentang universiti ni, sila lawat website ini;

http://www.kent.ac.uk/

~cari gambar universiti ni tapi tak ada~

Entri 55: Otak Sudah Bengong

My God…. Pleaseee….. tensennya dikala minggu-minggu nak exam ni.

Ada assignment ekonomi untuk dihantar. Graaahhh…. otak saya sudah bangang sekarang. Still ekonomi memberi masalah kepadaku. Eh, bukan. Aku yang bermasalah. Mulai sekarang sila bebankan semua salah silap pada diri sendiri. Wahaha… Tapi tetap buat juga. Dateline 2 April 2010. Adesh… Tak pe. Ditemani awek-awek lawa, malas buat pun jadi rajin. Hahaha…

Ni awek-awek aku. Jangan rebut!

Ohh…. cukup berangan.

Kalau tak silap, rabu nanti ada dinner aktuari. Dan aku pula jadi MC. Eh, tak de latihan ke? Aku nak tau nih…. jangan memacam. Jadi MC susah oii…. Ni 1st time tau??? Segala kecacatan dan kehambaran nanti aku yang dipersalahkan. Uhuhuhu… takuttt…

Ok. Now im really bored. Asemen dah siap. Aku nak maen game sebelum tdo.

~ape aku taip aku pun tak tau~

Entri 54: Aku Pelik

Aku tak tau kenapa. Dan sekarang ni aku terfikirkannya dan aku rasa pelik.

Blog ni memang senang orang baca. Dan memang tujuannya untuk orang baca. Aku pun suka kalau orang baca blog aku. Tapi aku cukup tak suka bila orang yang aku tak berkenan baca blog aku. Sebab kebanyakan isi dalam ni pun banyak isu sensitif tapi bukanlah isu racist ke, politik ke. Cuma sensitif bagi aku dan rasa aku hanya patut dibualkan dalam blog sahaja.

Apa yang aku cakap, cerita, luah dalam blog aku ni, tak payah nak bawak ke luar. Cukup setakat di alam maya ni. Kalau nak gaduh ke, cukup takat dalam ni. Harus ke sampai nak memanjangkan ke dunia realiti?

Kadang kadang ada statement aku buat agak menyentapkan orang. Tapi statement aku umum. Melainkan aku betul-betul maksudkan. Jadi kalau ada terasa, silakan terasa diam-diam dalam hati. Tak payah nak cakap kat aku yang kau terasa terhadap statement aku. Aku memang benci.

Kalau aku kata aku tak suka orang maki aku, ada aku cakap tak siapakah orang tu? Aku pun tak mau cari gaduh. Sebab tu statement umum. Ni lain cerita bila orang lain terasa padahal aku tak tujukan pada dia pun. Krisis baru pulak.

Aku rasa lepas ni kalau ada yang terasa dengan kebanyakan statement aku, tak kira dalam blog atau facebook, lantak kau. Aku tak kacau hidup orang jadi jangan kau rasa aku kacau hidup kau. Kalau kau terasa, terasalah. Peduli apa aku? Tak ada orang pernah kisah perasaan aku melainkan famili aku. Jadi jangan kau harap aku nak jaga perasaan kau.

Satu lagi, aku benci memujuk orang. Jadi kalau ada yang merajuk dengan aku, marah dengan aku, aku takkan pujuk Mintak maaf ok? Jangan haraplah aku nak pujuk kau kalau kau marah dengan aku. Ada aku kesah kau nak marah dengan aku?

~marah~

Entri 53: Emo Terlebih Sudah

Ingat lagi tak entri aku bertajuk Lecture Maksudnya Bebel? Bagus kalau ingat.

Well, for this entry, you can consider it as a sequel for that entry. Ceh, speaking pulak. Haha…

Baru nak tidur ni kan, aku dapat stori yang lecturer tu dah emo. Bukan join puak Emo. Dia emosi. Bukan sikit, banyak. Haish… Menyampah lagi meluat aku.

Apa yang dia emo?

Hari ni dia marah sebab ada diantara kami yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya sepanjang dia mengajar kami statistik. Aku baru baca tadi. Antaranya dia sakit hati bila ada yang pertikai kenapa nak buat exam dalam bahasa melayu, dia yang ego tak mahu terima pendapat pelajar, dan bermacam-macam lagi. Konklusinya, dia kata lecture pagi tadi (Isnin) ialah yang terakhir.

Hurm… bila emosi melangkaui profesionalisme…

Bagi aku, tak de masalah pun nak exam dalam BI ke, BM ke, aku tak kisah. Sebab bidang matematik ni, kita menggunakan 1 bahasa je. Faham satu dua ayat dalam English, nanti yang lain dapat la buat. Senang je.

Kenapa aku tak tahu awal-awal ye boleh komplen? Aku dah lama sediakan ayat komplen ni khas untuk dia…

“Puan, saya sangat tak berkenan dengan sikap puan yang suka membebel tak tentu pasal. Saya, mahupun kami berasa sangat tertekan bila berada di kelas puan.

adakah masalah besar bagi puan andainya ada pelajar yang duduk kerusi extra? Tak perlu rasanya bagi puan nak panjang-panjangkan masalah ini dengan membebel. tahu tak masa sangat berharga bagi saya untuk memahami setiap kuliah puan. tapi bila puan dah membebel hampir 10 minit, hilanglah tumpuan.

banyak sebenarnya hal remeh temeh yang puan suka bangkitkan dalam kuliah. jadi terimalah andainya ada diantara kami yang tak suka dengan pengajaran puan.

andai hormat yang dipinta, kami memang menghormati setiap pensyarah. tapi andai puan tidak menghormati kami, terimalah consequencesnya…

terima kasih atas kuliah terakhir tadi.”

Malas nak luah banyak-banyak… nanti aku kena banned masuk dewan exam.

Katanya hari ni kuliah terakhir, hurm… merajuk. Tak de mase nak pujuk. Aku dah penat menghadapi kes macam ni kat sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi… sampai masuk U pun ada lagi. Enough!!!

~luahan terhad… tak tahu nak cakap apa lagi~

Entri 52: Logout

Kita ada laptop. Dan seiring dengan tu, kita juga ada emel, facebook, twitter, blog, friendster (kuno gila), bla bla bla….. Jadi, kebiasaannya kita memang akan malas untuk logout segala benda yang aku dah sebut tadi.

Lantaklah… laptop aku. Ape ko kesah???

Hahaha… kau tahu lah nasib kau nanti.

Kadangkala kita ada yang jenis terlalu percaya orang. Kita tinggalkan je laptop kita tu tanpa sedar. Tengah main facebook tu, nak ke toilet, terus pergi. Balik-balik, tengok notification sampai 30. Apa yang kita dah buat?

Owh… Baru perasan kita dah dipermainkan. Wakenabeb!!!

Status baru: Saya hensem…

Lawak seyh… gara-gara lupa nak logout. Rakan kita permainkan kita dalam facebook kita. Haha…

Nampak leceh. Ye lah. Nak pergi toilet je. Buat apa nak logout? Tapi hal ini jangan buat remeh. Ini baru sikit. Korang nak ke nanti korang tiba-tiba kena maki dengan kawan-kawan facebook korang (dan juga kakak abang adik korang kalau ada facebook) dalam facebook sebab korang “buat” status ini:

Status baru: Saya gay, **** saya hebat… saya nak jual badan… sape nak dial 01********

Hambek kau… puas la kau menjawab nanti…

Jadi, nasihatku, logout la segala akaun anda sebelum anda nak ke mana-mana. Or kalau anda malas pun, pandai-pandailah anda lock laptop anda. Ingat. laptop tu hak peribadi dan sesiapa pun tak boleh ceroboh hak peribadi anda. Oke??

~aku tak pernah kena, aku buat kat orang ada. Hahaha…~

Entri 51: Entri

Pelik? Tak payah pelik. Haha…

Ulasan sahaja. Ini berkaitan dengan entri-entri aku yang terdahulu yang dijenguk orang. Tapi sikit jelah. Siapa aku ni. Bukan popular pun. Jadi yang datang berkunjung pun sikit je.

Sikitnya yang berkunjung...

Kita mulakan dari awal.

Entri 46: Babi

Tak sangka pulak bila aku berkata-kata pasal babi, terus mendapat perhatian. Hari tu saja, dalam 45 yg berkunjung. Terus menaik statistik. Haha… Baca sendiri ya. Ilmiah sikit entri tu. Tu sebab sampai sekarang orang baca je. Hahaha…

Entri 48: Nota Yang Terkesan

Yang ni pelik. Tah kenapa sampai 10 orang tengok post ni. Mungkin musuh-musuh aku tu agaknya. Bacalah. Kasi korang yang bangsat ni sedar yang aku takkan biarkan korang senang menjatuhkan maruah aku. Hurm… agaknya hari-hari aku dicaci dalam Facebook diorang kot? Pahala free… hehehe

Entri 47: Terkedu

Haha.. pasal Jesus. Not bad. Baca untuk lebih lanjut.

Entri 49: Bencana Alam

Dibuat lepas tengok Tsunami. Terasa insaf…

Entri 50: Bola Sepak Dan Perangai Manusia

Ini entri yang mendalam maksudnya. Ada baur-baur sindiran disitu. Haha…

Entri 9: Comel

Tak sangka sampai sekarang ramai yang tengok entri ni. Maybe sebab mencari gambar-gambar kartun yang aku letak dalam entri tu.

Entri 31: Kemas Bilik

Siapa yang tengok ni? Hairan. Hahaha…

Entri 44: Insaf

Entri ini dibuat dalam keadaan perut berlapar gila babas linggam! semuanya sebab tak de elektrik.

Itu sahaja ulasan aku. Jadi, rajin-rajinlah jenguk blog ni. Tiada paksaan. Hihihi…

~bosan~

Entri 50: Bola Sepak Dan Perangai Manusia

Janganlah terkejut bila aku nak bicara pasal bola. Hahaha… Aku ni mana reti main bola. Kaki bangku. Oleh sebab itu waktu sekolah rendah aku diejek PONDAN oleh budak-budak. Sebab tak reti main bola sepak. Dan sekarang pun, aku tak de keinginan untuk belajar main bola sepak. Tapi aku tetap ada pasukan pilihan yang aku minat. Tapi sekadar minat sahaja dan tak sampai nak tengok bola sepak lewat malam. Aku peminat Chelsea dan pembenci Manchester United. Enuff said. Hahaha…

Kalau kita sedar, ada kaitan antara bola sepak dengan manusia….

Kalau yang main tu manusia memanglah ade kaitan. Bongok…

Boleh diam tak????!!!!!

Oke. Sambung. Aku nak cakap dari segi penyokong sahaja. Orang kipas susah mati. Malam tadi, kalau tak silap aku, Chelsea vs Inter Milan (betul ke ni?) dan Chelsea kalah 0-1 dengan jaringan tunggal daripada Eto’o. (kalau salah betulkan) Chelsea kalah, sudah pasti kena boooooooooo dengan penyokongnya. Penyokong Inter pulak happy. Paling tak boleh blah, Penyokong Manchester United pulak yang sibuk nak ejek-ejek. Then, gaulkan, jadilah pergaduhan. Tapi bukan gaduh sampai bertumbuk. Pergaduhan yang hanya disertai kata-kata sinis sahaja.

Lihat dari aspek penyokong sahaja, aku boleh lihat bagaimana perangai manusia dalam kehidupan seharian. Manusia selalu rasa cemburu jika ada pihak lain yang lebih berjaya dari kita. Dan bila pihak tu jatuh sikit, mulalah kita suka hati melihat kejatuhan mereka. Contohnya, hari ni penuh wall Facebook aku dengan cemuhan dan ejekan penyokong Manchester United yang sangat suka melihat kekalahan Chelsea. Ceritanya, Dalam EPL, Chelsea masih mendahului di tempat teratas carta liga. Dibawahnya pulak Manchester United. Para penyokong Manchester United mahu Chelsea berada di bawah mereka dengan harapan musim ni diorang yang jadi juara EPL. Bukan itu sahaja. Dalam mana-mana perlawanan pun, andai Chelsea kalah, mereka yang bersorak keriangan. Loser katanya.

Dalam hidup seharian kita pun memang macam tu. Tak suka tengok orang lain senang. Cukup tak faham. Kenapa kita harus begitu? Kita resah, sakit hati tengok kejayaan orang. Lepas tu mulalah nak buat jahat. Fitnah, santau, bomoh, apa-apa sahaja yang penting si dia jatuh. Hal ni dalam semua situasi kita boleh aplikasikan. Dalam pelajaran, politik, dalam syarikat, semua ada situasi ni. Betul tak?

Andai kita ambil kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha, kan bagus macam tu. Tak perlu kita nak menjatuhkan pihak lain. Seharusnya, sama-sama bergerak untuk memajukan diri. Itu baru persaingan sihat. bukankah lebih banyak manfaatnya? Daripada kita berniat jahat. Dapat dosa. Kalau niat baik, pahala dapat, ilmu dapat, rezeki murah, kan baik macam tu?

Tapi, itulah ragam manusia. kalau tiada yang jahat, maka polis dan askar di dunia ni makan gaji buta je lah. Hehehe…

~berjaga lewat malam tengok bola? Nonsense~

Entri 49: Bencana Alam

Sebagai rakyat Malaysia, (ehem, patriotik pulak) aku sangat bersyukur dengan apa yag aku ada walaupun aku kadang-kadang selalu merungut. Baru tadi aku hilang selipar. Haiyo…..

Ok. Balik ke cerita asal.

Semua tahu yang Malaysia tak pernah dilanda bencana alam yang dahsyat. Mungkin Tsunami 2004 itu yang pertama. Eh, bukan. Ribut Greg kat Sabah. 1995 kot tahun ia melanda. Aku baru 5 tahun. As a budak kecik, manalah aku kesah. Tapi makin aku membesar, aku menjadi semakin bersyukur sebab aku dilahirkan di Malaysia.

Kenapa aku tiba-tiba bercakap pasal bencana alam ni?

Firstly, aku sangat minat menonton filem berunsurkan bencana alam. Kat SDAR dulu ada tonton cerita Day After Tomorrow.

Day After Tomorrow (Lusa???)

Filem ini berkaitan dunia yang akan kembali ke zaman Ice Age. Natural disaster jugak kan?? Suka tengok bagaimana bumi mengalami kemusnahan yang amat dahsyat. Dan seriusly ia sangat berjaya untuk menyentapkan hati aku.

Aku ni seorang yang lembab sikit kalau pasal movie. Orang dah tengok lama dah, aku baru nak tengok. Aku baru download 2 lagi filem bencana alam.

2012

dan juga…

Tsunami At Haeundae (atau Tidal Wave)

Kedua-dua cerita ni dah tak tayang dah kat pawagam. Aku je baru terkial-kial nak download. Hahaha…

Kalau 2012 tu, aku minat dengan kekreatifan pengarahnya, (sape tah malas nak tau) menggambarkan kemusnahan bumi. Gempa bumi, tsunami, gunung meletup, semua itu nampak real. Tak aku lupa part watak utama dan familinya dalam kapal terbang merentasi bangunan yang dah nak runtuh. Sempat kamera menunjukkan orang yang tergantung-gantung pada bangunan yang dah nak runtuh tu. Dan paling best, sebenarnya filem ini bagi aku nak tunjukkan setannya Yahudi. Watak timbalan presiden US tu (yang gemuk dan selalu gaduh ngan negro)  aku rasa Yahudi agaknya. Tak mau kasi orang biasa naik kapal yang dah disediakan untuk menyelamatkan diri. Nak kasi orang-orang ternama dengan alasan untuk masa depan, nanti dapat melahirkan anak-anak baka cemerlang. Shit u. Last-last kasi juga. Haha..

Tsunami At Haeundae tu aku download sebab dah lama aku nak tengok. Malangnya tak dapat-dapat.  Nah… baru dapat download. Sangat puas hati. Itu sebab pertama. Kedua, sebab itu filem Korea lah! Aku kan suka Korea. Hahaha. Ketiga, ada Ha Ji Woon. Hehehe… Cantik… Ok. Filem ni juga buat aku sebak. Tak tipu beb. Nak nangis aku tengok. Efek juga boleh tahan. Tsunami tinggi sangat. Ok. Jalan cerita menang sangat sebak. paling sedih bila ada watak dalam cerita tu yang kehilangan mak dia. Waktu tu mak dia nak beli kasut untuk dia untuk interview kerja tapi dia ni buat tak endah, menengking pulak mak dia. Sebak. Aku memang terkenang mak aku kat rumah… serius nak nangis.

Kita memang dijamin selamat buat masa ini di Malaysia. Alhamdulillah bencana macam filem yang aku tengok tu belum lagi terjadi. Tapi…

Boleh tak kita bayangkan sekejap…

Kalau bumi Malaysia jadi macam ni...

Kita terkial-kial nak menyelamatkan diri macam Ha Ji Woon ni (walaupun lakonan)

Bumi ni makin tua. Ingat-ingatlah. Tak mustahil Malaysia jadi macam ni 1 hari nanti.

~feeling gile~

Entri 48: Nota Yang Terkesan

Tentang perkara bodoh yang berlaku awal-awal tahun ini, kes pemfitnahan itu, aku tergerak untuk kopipes nota yang ditujukan kepadaku oleh salah seorang senior debat. Memang sangat-sangat terkesan bagi aku. Rujuk bawah.

Kadang-kala, kita sebagai manusia, kita cuba untuk membuatkan semua orang untuk menyukai siapa kita dan menghargai diri kita. Kadang kala, kita cuba untuk menjadi antara mereka yang popular. Kadang-kala kita tidak meminta pun untuk menjadi popular, setakat untuk menjadi salah seorang daripada sesebuah kumpulan. Mengikut pensyarah aku, itu dipanggil esprit de core *sense of belonging/ semangat kekitaan*

Tapi, kita kadang-kala alpa… untuk menghargai mereka yang menghargai kita kerana kita cuba untuk memuaskan hati mereka yang hanya menggunakan kita. Kita kadang-kala tidak sedar bahawa insan terbaik berada di hadapan mata kita sahaja. Kita kadang-kala mengorbankan apa yang tidak patut dan melakukan apa yang tidak patut untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan gempak.

Kita ampu mereka. Kita habiskan masa berbuat apa sahaja untuk mereka. Kita bergelak kosong dengan mereka. Kita terkial-kial mencari mereka tatkala kita perlukan kawan.

Di dalam perjalanan itu,kawan sejati kita tinggalkan.(Ah lah, tak free r. Aku nak keluar dengan orang lain.) Papa dan mama kita tinggalkan.(mama,i nak keluar dengan dia. Kerja rumah nanti la saya buat. Ayah, i nak duit untuk makan dengan kawan)

Di akhir hari, kita akan sedar bahawa apabila kawan-kawan gempak ini tinggalkan kita, meminggirkan kita, aniaya kita, pijak kita demi kepentingan dia…

Siapa yang akan datang untuk membantu kita…

Keluarga yang kita ambil ringan dan tengking. Kawan yang sedih bila kita tidak mencari dia namun tetap ada untuk kita.

Gelak tawa itu penting. Tidak salah untuk kita berkawan dengan semua orang, tidak salah untuk kita membantu semua orang, tetapi…di tahun baru ini..ingatlah siapa yang benar-benar penting di dalam hidup kita. Hargailah keluarga dan kawan tersayang.

Itulah diri aku sebelum aku difitnah. Aku sentiasa mahu bersama mereka sahaja. Lupa kepada orang lain.

Mungkin syukur juga kerana dugaan itu datang. Sekurang-kurangnya aku tidak hanyut dan leka lagi.

Mereka, biarlah. Tak perlu aku nak fikirkan lagi. Orang dah benci. Maka harus aku benci mereka juga.

Tiada maaf bagi korang. Jumpa di Mahsyar.

~print untuk dijadikan peringatan~

Entri 47: Terkedu

Manusia akhir zaman. Pabila iman lemah, maka mudahlah kafir laknatullah menyerang supaya umat Islam murtad.

Walaupun kita tahu bahawa bilangan umat Islam makin bertambah di dunia ini, tetapi rasanya yang murtad juga sangat ramai.

Pernah tak korang nampak iklan “Dreams About Jesus” kat Facebook?

Ni lah websitenya

Website yang menceritakan orang yang pernah bermimpi didatangi Isa atau Jesus dalam mimpinya. Cuma yang aku hairan, yang bermimpi ni, mostlynya orang ISLAM. Then dalam mimpi tu, ramai berkata, Isa suruh orang yang bermimpi tu beriman kepada BIBLE. Erk???

Ini satu kisah berkenaan dengan bekas penganut ISLAM bernama Dini di Indonesia. Bacalah.

As the oldest child in her family, twelve-year-old Dini had always been close to her father; so when he died suddenly, she was devastated.  Her devastation turned to anger when she learned that her father had an affair with her aunt who was now pregnant.  She also learned that her mother was pregnant by her father.

As a struggling widow, Dini’s mother decided to place her three youngest children in an orphanage.  She also had to sell valuables in the house just so the family would have money to buy food.  About four years later, a relative told Dini that her mother was getting remarried.  Dini was very hurt by this and didn’t understand why her mother hadn’t told her.  She felt like she didn’t have anyone she could depend on since her father had disappointed her, and now her mother had done the same.

Dini became friends with the troublemakers at school and went through a rebellious period.  She skipped classes, didn’t wear the school uniform and got into fights.  When several of her friends faced serious problems, Dini began to ask questions:  “What is it that I’m looking for?  Religious rules don’t make me happy.  But a free life without the rules of religion isn’t something I want either.”

The month of Ramadan arrived and Dini became diligent with the religious practices of fasting and prayer.  One night, during Ramadan, she decided to pray the tahajud prayer.  The tahajud prayer is not one of the five required daily prayers.  It is only done at midnight and, in particular, it includes petitions that ask God for signs.  Dini set her alarm clock and woke up to pray.  She says, “I had such strong faith that whatever I asked God for that night, God would listen and give His answer.”  At the end of the prayer which she had memorized, she cried out to God and said, “God, I am confused.  I’m very confused about the way to meet Your approval.”   She continued, “God, if you wish for me to live life within your demands, then tonight show me the right path.  If you do not show me, God, then let me live life the way I want.  I won’t ever again care about the rules of religion.  And if I die, don’t send me to hell.  I didn’t know what was right!  It wouldn’t be fair for me to go to hell, God.  You never showed me the right way.  What I want, God, is to be shown the right path tonight.  I will live my life the way you appoint it.”

A bright light then appeared and she saw a figure standing in front of her.  The man was wearing a white robe but she couldn’t see his face clearly.  She doesn’t know how but she realized that the figure was Isa.  He said, “Follow me,” and she was confused and thought, “Lord, I am a Muslim.  How can I follow you?”  She asked several other questions as she wondered how she could follow the God of the Christians.  She heard another voice saying, “You can’t possibly follow Him.  Forget your prayer!  Forget the intention of leading a good life!”  When she looked at the man in white, she felt calm and peaceful.  Jesus continued to say, “Follow me,” as He stretched out His hand.  Dini struggled over her decision but finally she said, “God, if this is the way of truth, okay.  I want to follow you.”  The moment she said that, she felt as if ice was pouring over her chest.  At the same time, she felt a peace she had never experienced before.  She says, “I felt something extraordinary inside my heart.”

After Dini became a Christian, she experienced persecution from her family.  She was just 17 years old when they forced her to leave home.  She attended boarding school and supported herself through part-time jobs.  She also pursued reconciliation with her family.  While showing respect for the Javanese traditions, she didn’t back down on her unwavering commitment to Christ.  The greatest test for her was forgiving her deceased father and accepting her half-brother, born out of wedlock to her aunt.  When his mother could no longer take care of him, Dini embraced her half-brother as her own.

She continues to live as an example of one who can “do all things through Christ who strengthens” her.

Boleh pulak buat sembahyang tahajud, lepas tu katanya, ALLAH suruh dia masuk Kristian. Apa ni??

Setahu aku, nabi Isa tak pernah menyuruh kita menyembah dia. Boleh pulak datang dalam mimpi orang, lepas tu suruh beriman kepada ajaran kristian. Tak faham konsep. Ish…

Ini macam propaganda kristian untuk mengajak umat Islam. Nauzubillah..

Aku bukanlah kuat sangat iman. tapi berdoalah minta-minta dijauhkan segala jenis ancaman dan taktik kotor orang Kristian ni…

Dan ini yang aku terkedu. Dah elok dilahirkan ke muka bumi sebagai orang Islam, dah dewasa jadi kristian. Tak rugi ke?

Satu renungan untuk kita bersama…

~yahudi yang paling jahat di muka bumi ini~

« Older entries