Entri 48: Nota Yang Terkesan

Tentang perkara bodoh yang berlaku awal-awal tahun ini, kes pemfitnahan itu, aku tergerak untuk kopipes nota yang ditujukan kepadaku oleh salah seorang senior debat. Memang sangat-sangat terkesan bagi aku. Rujuk bawah.

Kadang-kala, kita sebagai manusia, kita cuba untuk membuatkan semua orang untuk menyukai siapa kita dan menghargai diri kita. Kadang kala, kita cuba untuk menjadi antara mereka yang popular. Kadang-kala kita tidak meminta pun untuk menjadi popular, setakat untuk menjadi salah seorang daripada sesebuah kumpulan. Mengikut pensyarah aku, itu dipanggil esprit de core *sense of belonging/ semangat kekitaan*

Tapi, kita kadang-kala alpa… untuk menghargai mereka yang menghargai kita kerana kita cuba untuk memuaskan hati mereka yang hanya menggunakan kita. Kita kadang-kala tidak sedar bahawa insan terbaik berada di hadapan mata kita sahaja. Kita kadang-kala mengorbankan apa yang tidak patut dan melakukan apa yang tidak patut untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan gempak.

Kita ampu mereka. Kita habiskan masa berbuat apa sahaja untuk mereka. Kita bergelak kosong dengan mereka. Kita terkial-kial mencari mereka tatkala kita perlukan kawan.

Di dalam perjalanan itu,kawan sejati kita tinggalkan.(Ah lah, tak free r. Aku nak keluar dengan orang lain.) Papa dan mama kita tinggalkan.(mama,i nak keluar dengan dia. Kerja rumah nanti la saya buat. Ayah, i nak duit untuk makan dengan kawan)

Di akhir hari, kita akan sedar bahawa apabila kawan-kawan gempak ini tinggalkan kita, meminggirkan kita, aniaya kita, pijak kita demi kepentingan dia…

Siapa yang akan datang untuk membantu kita…

Keluarga yang kita ambil ringan dan tengking. Kawan yang sedih bila kita tidak mencari dia namun tetap ada untuk kita.

Gelak tawa itu penting. Tidak salah untuk kita berkawan dengan semua orang, tidak salah untuk kita membantu semua orang, tetapi…di tahun baru ini..ingatlah siapa yang benar-benar penting di dalam hidup kita. Hargailah keluarga dan kawan tersayang.

Itulah diri aku sebelum aku difitnah. Aku sentiasa mahu bersama mereka sahaja. Lupa kepada orang lain.

Mungkin syukur juga kerana dugaan itu datang. Sekurang-kurangnya aku tidak hanyut dan leka lagi.

Mereka, biarlah. Tak perlu aku nak fikirkan lagi. Orang dah benci. Maka harus aku benci mereka juga.

Tiada maaf bagi korang. Jumpa di Mahsyar.

~print untuk dijadikan peringatan~

Advertisements

2 Komen

  1. alinotnot said,

    14 Mac 2010 pada 02:09

    dah merasa kena tinggal. naseb baek saya tak abaikan pun keluarga.

  2. 14 Mac 2010 pada 08:59

    uish…..perasaan2 lahhhh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: