Entri 49: Bencana Alam

Sebagai rakyat Malaysia, (ehem, patriotik pulak) aku sangat bersyukur dengan apa yag aku ada walaupun aku kadang-kadang selalu merungut. Baru tadi aku hilang selipar. Haiyo…..

Ok. Balik ke cerita asal.

Semua tahu yang Malaysia tak pernah dilanda bencana alam yang dahsyat. Mungkin Tsunami 2004 itu yang pertama. Eh, bukan. Ribut Greg kat Sabah. 1995 kot tahun ia melanda. Aku baru 5 tahun. As a budak kecik, manalah aku kesah. Tapi makin aku membesar, aku menjadi semakin bersyukur sebab aku dilahirkan di Malaysia.

Kenapa aku tiba-tiba bercakap pasal bencana alam ni?

Firstly, aku sangat minat menonton filem berunsurkan bencana alam. Kat SDAR dulu ada tonton cerita Day After Tomorrow.

Day After Tomorrow (Lusa???)

Filem ini berkaitan dunia yang akan kembali ke zaman Ice Age. Natural disaster jugak kan?? Suka tengok bagaimana bumi mengalami kemusnahan yang amat dahsyat. Dan seriusly ia sangat berjaya untuk menyentapkan hati aku.

Aku ni seorang yang lembab sikit kalau pasal movie. Orang dah tengok lama dah, aku baru nak tengok. Aku baru download 2 lagi filem bencana alam.

2012

dan juga…

Tsunami At Haeundae (atau Tidal Wave)

Kedua-dua cerita ni dah tak tayang dah kat pawagam. Aku je baru terkial-kial nak download. Hahaha…

Kalau 2012 tu, aku minat dengan kekreatifan pengarahnya, (sape tah malas nak tau) menggambarkan kemusnahan bumi. Gempa bumi, tsunami, gunung meletup, semua itu nampak real. Tak aku lupa part watak utama dan familinya dalam kapal terbang merentasi bangunan yang dah nak runtuh. Sempat kamera menunjukkan orang yang tergantung-gantung pada bangunan yang dah nak runtuh tu. Dan paling best, sebenarnya filem ini bagi aku nak tunjukkan setannya Yahudi. Watak timbalan presiden US tu (yang gemuk dan selalu gaduh ngan negro)  aku rasa Yahudi agaknya. Tak mau kasi orang biasa naik kapal yang dah disediakan untuk menyelamatkan diri. Nak kasi orang-orang ternama dengan alasan untuk masa depan, nanti dapat melahirkan anak-anak baka cemerlang. Shit u. Last-last kasi juga. Haha..

Tsunami At Haeundae tu aku download sebab dah lama aku nak tengok. Malangnya tak dapat-dapat.  Nah… baru dapat download. Sangat puas hati. Itu sebab pertama. Kedua, sebab itu filem Korea lah! Aku kan suka Korea. Hahaha. Ketiga, ada Ha Ji Woon. Hehehe… Cantik… Ok. Filem ni juga buat aku sebak. Tak tipu beb. Nak nangis aku tengok. Efek juga boleh tahan. Tsunami tinggi sangat. Ok. Jalan cerita menang sangat sebak. paling sedih bila ada watak dalam cerita tu yang kehilangan mak dia. Waktu tu mak dia nak beli kasut untuk dia untuk interview kerja tapi dia ni buat tak endah, menengking pulak mak dia. Sebak. Aku memang terkenang mak aku kat rumah… serius nak nangis.

Kita memang dijamin selamat buat masa ini di Malaysia. Alhamdulillah bencana macam filem yang aku tengok tu belum lagi terjadi. Tapi…

Boleh tak kita bayangkan sekejap…

Kalau bumi Malaysia jadi macam ni...

Kita terkial-kial nak menyelamatkan diri macam Ha Ji Woon ni (walaupun lakonan)

Bumi ni makin tua. Ingat-ingatlah. Tak mustahil Malaysia jadi macam ni 1 hari nanti.

~feeling gile~

Advertisements

2 Komen

  1. khai said,

    16 Mac 2010 pada 01:29

    haha selipar kau selamat kat bilik aku.. jgn risau(:

    • shundaichi said,

      16 Mac 2010 pada 01:31

      kasi tau kat ym je laa… haish… hahaha…
      cakap thanks kat rumet ko. esok aku kasi selipar die.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: