Entri 50: Bola Sepak Dan Perangai Manusia

Janganlah terkejut bila aku nak bicara pasal bola. Hahaha… Aku ni mana reti main bola. Kaki bangku. Oleh sebab itu waktu sekolah rendah aku diejek PONDAN oleh budak-budak. Sebab tak reti main bola sepak. Dan sekarang pun, aku tak de keinginan untuk belajar main bola sepak. Tapi aku tetap ada pasukan pilihan yang aku minat. Tapi sekadar minat sahaja dan tak sampai nak tengok bola sepak lewat malam. Aku peminat Chelsea dan pembenci Manchester United. Enuff said. Hahaha…

Kalau kita sedar, ada kaitan antara bola sepak dengan manusia….

Kalau yang main tu manusia memanglah ade kaitan. Bongok…

Boleh diam tak????!!!!!

Oke. Sambung. Aku nak cakap dari segi penyokong sahaja. Orang kipas susah mati. Malam tadi, kalau tak silap aku, Chelsea vs Inter Milan (betul ke ni?) dan Chelsea kalah 0-1 dengan jaringan tunggal daripada Eto’o. (kalau salah betulkan) Chelsea kalah, sudah pasti kena boooooooooo dengan penyokongnya. Penyokong Inter pulak happy. Paling tak boleh blah, Penyokong Manchester United pulak yang sibuk nak ejek-ejek. Then, gaulkan, jadilah pergaduhan. Tapi bukan gaduh sampai bertumbuk. Pergaduhan yang hanya disertai kata-kata sinis sahaja.

Lihat dari aspek penyokong sahaja, aku boleh lihat bagaimana perangai manusia dalam kehidupan seharian. Manusia selalu rasa cemburu jika ada pihak lain yang lebih berjaya dari kita. Dan bila pihak tu jatuh sikit, mulalah kita suka hati melihat kejatuhan mereka. Contohnya, hari ni penuh wall Facebook aku dengan cemuhan dan ejekan penyokong Manchester United yang sangat suka melihat kekalahan Chelsea. Ceritanya, Dalam EPL, Chelsea masih mendahului di tempat teratas carta liga. Dibawahnya pulak Manchester United. Para penyokong Manchester United mahu Chelsea berada di bawah mereka dengan harapan musim ni diorang yang jadi juara EPL. Bukan itu sahaja. Dalam mana-mana perlawanan pun, andai Chelsea kalah, mereka yang bersorak keriangan. Loser katanya.

Dalam hidup seharian kita pun memang macam tu. Tak suka tengok orang lain senang. Cukup tak faham. Kenapa kita harus begitu? Kita resah, sakit hati tengok kejayaan orang. Lepas tu mulalah nak buat jahat. Fitnah, santau, bomoh, apa-apa sahaja yang penting si dia jatuh. Hal ni dalam semua situasi kita boleh aplikasikan. Dalam pelajaran, politik, dalam syarikat, semua ada situasi ni. Betul tak?

Andai kita ambil kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha, kan bagus macam tu. Tak perlu kita nak menjatuhkan pihak lain. Seharusnya, sama-sama bergerak untuk memajukan diri. Itu baru persaingan sihat. bukankah lebih banyak manfaatnya? Daripada kita berniat jahat. Dapat dosa. Kalau niat baik, pahala dapat, ilmu dapat, rezeki murah, kan baik macam tu?

Tapi, itulah ragam manusia. kalau tiada yang jahat, maka polis dan askar di dunia ni makan gaji buta je lah. Hehehe…

~berjaga lewat malam tengok bola? Nonsense~

Advertisements

2 Komen

  1. alinotnot said,

    17 Mac 2010 pada 12:12

    hehehe, a’ah, mmg ade kaitannye. tapi sedih kan bila tgk kaitannye? T________T

    • shundaichi said,

      17 Mac 2010 pada 12:14

      huhuhu… agak la… lupe nak tambah. ini perangai MELAYU sebenarnya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: