Entri 53: Emo Terlebih Sudah

Ingat lagi tak entri aku bertajuk Lecture Maksudnya Bebel? Bagus kalau ingat.

Well, for this entry, you can consider it as a sequel for that entry. Ceh, speaking pulak. Haha…

Baru nak tidur ni kan, aku dapat stori yang lecturer tu dah emo. Bukan join puak Emo. Dia emosi. Bukan sikit, banyak. Haish… Menyampah lagi meluat aku.

Apa yang dia emo?

Hari ni dia marah sebab ada diantara kami yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya sepanjang dia mengajar kami statistik. Aku baru baca tadi. Antaranya dia sakit hati bila ada yang pertikai kenapa nak buat exam dalam bahasa melayu, dia yang ego tak mahu terima pendapat pelajar, dan bermacam-macam lagi. Konklusinya, dia kata lecture pagi tadi (Isnin) ialah yang terakhir.

Hurm… bila emosi melangkaui profesionalisme…

Bagi aku, tak de masalah pun nak exam dalam BI ke, BM ke, aku tak kisah. Sebab bidang matematik ni, kita menggunakan 1 bahasa je. Faham satu dua ayat dalam English, nanti yang lain dapat la buat. Senang je.

Kenapa aku tak tahu awal-awal ye boleh komplen? Aku dah lama sediakan ayat komplen ni khas untuk dia…

“Puan, saya sangat tak berkenan dengan sikap puan yang suka membebel tak tentu pasal. Saya, mahupun kami berasa sangat tertekan bila berada di kelas puan.

adakah masalah besar bagi puan andainya ada pelajar yang duduk kerusi extra? Tak perlu rasanya bagi puan nak panjang-panjangkan masalah ini dengan membebel. tahu tak masa sangat berharga bagi saya untuk memahami setiap kuliah puan. tapi bila puan dah membebel hampir 10 minit, hilanglah tumpuan.

banyak sebenarnya hal remeh temeh yang puan suka bangkitkan dalam kuliah. jadi terimalah andainya ada diantara kami yang tak suka dengan pengajaran puan.

andai hormat yang dipinta, kami memang menghormati setiap pensyarah. tapi andai puan tidak menghormati kami, terimalah consequencesnya…

terima kasih atas kuliah terakhir tadi.”

Malas nak luah banyak-banyak… nanti aku kena banned masuk dewan exam.

Katanya hari ni kuliah terakhir, hurm… merajuk. Tak de mase nak pujuk. Aku dah penat menghadapi kes macam ni kat sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi… sampai masuk U pun ada lagi. Enough!!!

~luahan terhad… tak tahu nak cakap apa lagi~

Advertisements

5 Komen

  1. alinotnot said,

    23 Mac 2010 pada 07:31

    diorg kne masuk tadika balik la. tak pun, hantar kat kelas pengurusan emosi. :))

  2. zafirah said,

    23 Mac 2010 pada 23:45

    hello.
    blogwalking~

  3. khai said,

    24 Mac 2010 pada 13:04

    haha betul2 iqbal. susahkan org je dia tu.. so kelas jadi tak khamis nie?
    konfem terakhir?

  4. wawa said,

    24 Mac 2010 pada 14:31

    die suke merajok tak tentu pasal..bek kita saran kn die amek kos U2–> “kos pengurusan emosi”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: