Entri 54: Aku Pelik

Aku tak tau kenapa. Dan sekarang ni aku terfikirkannya dan aku rasa pelik.

Blog ni memang senang orang baca. Dan memang tujuannya untuk orang baca. Aku pun suka kalau orang baca blog aku. Tapi aku cukup tak suka bila orang yang aku tak berkenan baca blog aku. Sebab kebanyakan isi dalam ni pun banyak isu sensitif tapi bukanlah isu racist ke, politik ke. Cuma sensitif bagi aku dan rasa aku hanya patut dibualkan dalam blog sahaja.

Apa yang aku cakap, cerita, luah dalam blog aku ni, tak payah nak bawak ke luar. Cukup setakat di alam maya ni. Kalau nak gaduh ke, cukup takat dalam ni. Harus ke sampai nak memanjangkan ke dunia realiti?

Kadang kadang ada statement aku buat agak menyentapkan orang. Tapi statement aku umum. Melainkan aku betul-betul maksudkan. Jadi kalau ada terasa, silakan terasa diam-diam dalam hati. Tak payah nak cakap kat aku yang kau terasa terhadap statement aku. Aku memang benci.

Kalau aku kata aku tak suka orang maki aku, ada aku cakap tak siapakah orang tu? Aku pun tak mau cari gaduh. Sebab tu statement umum. Ni lain cerita bila orang lain terasa padahal aku tak tujukan pada dia pun. Krisis baru pulak.

Aku rasa lepas ni kalau ada yang terasa dengan kebanyakan statement aku, tak kira dalam blog atau facebook, lantak kau. Aku tak kacau hidup orang jadi jangan kau rasa aku kacau hidup kau. Kalau kau terasa, terasalah. Peduli apa aku? Tak ada orang pernah kisah perasaan aku melainkan famili aku. Jadi jangan kau harap aku nak jaga perasaan kau.

Satu lagi, aku benci memujuk orang. Jadi kalau ada yang merajuk dengan aku, marah dengan aku, aku takkan pujuk Mintak maaf ok? Jangan haraplah aku nak pujuk kau kalau kau marah dengan aku. Ada aku kesah kau nak marah dengan aku?

~marah~

Advertisements

1 Komen

  1. alinotnot said,

    28 Mac 2010 pada 11:41

    gua benci org yg perlu dipujuk ni. baling jauh2 je dlm tong sampah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: