Entri 47: Terkedu

Manusia akhir zaman. Pabila iman lemah, maka mudahlah kafir laknatullah menyerang supaya umat Islam murtad.

Walaupun kita tahu bahawa bilangan umat Islam makin bertambah di dunia ini, tetapi rasanya yang murtad juga sangat ramai.

Pernah tak korang nampak iklan “Dreams About Jesus” kat Facebook?

Ni lah websitenya

Website yang menceritakan orang yang pernah bermimpi didatangi Isa atau Jesus dalam mimpinya. Cuma yang aku hairan, yang bermimpi ni, mostlynya orang ISLAM. Then dalam mimpi tu, ramai berkata, Isa suruh orang yang bermimpi tu beriman kepada BIBLE. Erk???

Ini satu kisah berkenaan dengan bekas penganut ISLAM bernama Dini di Indonesia. Bacalah.

As the oldest child in her family, twelve-year-old Dini had always been close to her father; so when he died suddenly, she was devastated.  Her devastation turned to anger when she learned that her father had an affair with her aunt who was now pregnant.  She also learned that her mother was pregnant by her father.

As a struggling widow, Dini’s mother decided to place her three youngest children in an orphanage.  She also had to sell valuables in the house just so the family would have money to buy food.  About four years later, a relative told Dini that her mother was getting remarried.  Dini was very hurt by this and didn’t understand why her mother hadn’t told her.  She felt like she didn’t have anyone she could depend on since her father had disappointed her, and now her mother had done the same.

Dini became friends with the troublemakers at school and went through a rebellious period.  She skipped classes, didn’t wear the school uniform and got into fights.  When several of her friends faced serious problems, Dini began to ask questions:  “What is it that I’m looking for?  Religious rules don’t make me happy.  But a free life without the rules of religion isn’t something I want either.”

The month of Ramadan arrived and Dini became diligent with the religious practices of fasting and prayer.  One night, during Ramadan, she decided to pray the tahajud prayer.  The tahajud prayer is not one of the five required daily prayers.  It is only done at midnight and, in particular, it includes petitions that ask God for signs.  Dini set her alarm clock and woke up to pray.  She says, “I had such strong faith that whatever I asked God for that night, God would listen and give His answer.”  At the end of the prayer which she had memorized, she cried out to God and said, “God, I am confused.  I’m very confused about the way to meet Your approval.”   She continued, “God, if you wish for me to live life within your demands, then tonight show me the right path.  If you do not show me, God, then let me live life the way I want.  I won’t ever again care about the rules of religion.  And if I die, don’t send me to hell.  I didn’t know what was right!  It wouldn’t be fair for me to go to hell, God.  You never showed me the right way.  What I want, God, is to be shown the right path tonight.  I will live my life the way you appoint it.”

A bright light then appeared and she saw a figure standing in front of her.  The man was wearing a white robe but she couldn’t see his face clearly.  She doesn’t know how but she realized that the figure was Isa.  He said, “Follow me,” and she was confused and thought, “Lord, I am a Muslim.  How can I follow you?”  She asked several other questions as she wondered how she could follow the God of the Christians.  She heard another voice saying, “You can’t possibly follow Him.  Forget your prayer!  Forget the intention of leading a good life!”  When she looked at the man in white, she felt calm and peaceful.  Jesus continued to say, “Follow me,” as He stretched out His hand.  Dini struggled over her decision but finally she said, “God, if this is the way of truth, okay.  I want to follow you.”  The moment she said that, she felt as if ice was pouring over her chest.  At the same time, she felt a peace she had never experienced before.  She says, “I felt something extraordinary inside my heart.”

After Dini became a Christian, she experienced persecution from her family.  She was just 17 years old when they forced her to leave home.  She attended boarding school and supported herself through part-time jobs.  She also pursued reconciliation with her family.  While showing respect for the Javanese traditions, she didn’t back down on her unwavering commitment to Christ.  The greatest test for her was forgiving her deceased father and accepting her half-brother, born out of wedlock to her aunt.  When his mother could no longer take care of him, Dini embraced her half-brother as her own.

She continues to live as an example of one who can “do all things through Christ who strengthens” her.

Boleh pulak buat sembahyang tahajud, lepas tu katanya, ALLAH suruh dia masuk Kristian. Apa ni??

Setahu aku, nabi Isa tak pernah menyuruh kita menyembah dia. Boleh pulak datang dalam mimpi orang, lepas tu suruh beriman kepada ajaran kristian. Tak faham konsep. Ish…

Ini macam propaganda kristian untuk mengajak umat Islam. Nauzubillah..

Aku bukanlah kuat sangat iman. tapi berdoalah minta-minta dijauhkan segala jenis ancaman dan taktik kotor orang Kristian ni…

Dan ini yang aku terkedu. Dah elok dilahirkan ke muka bumi sebagai orang Islam, dah dewasa jadi kristian. Tak rugi ke?

Satu renungan untuk kita bersama…

~yahudi yang paling jahat di muka bumi ini~

Entri 46: Babi

Ini bukan entri mencarut. Bahkan entri berbentuk ilmiah yang pertama dari aku. Hehehe…

Korang mesti kenal makhluk OINK OINK ni. Dalam Islam ia merupakan binatang yang tergolong dalam najis Mughallazah bersama-sama dengan anjing. Maksudnya, kalau tersentuh, korang wajib samak dengan sekali air tanah dan 6 kali air bersih.

Persoalannya, kenapa haram?

Kenapa kau tanya? Dah mengidam sangat nak meratah daging babi?

Ngok. Tanya pun tak boleh. Sengal.

Senangnya, sudah termaktub dalam Al-Quran yang babi dan anjing merupakan haiwan yang haram disisi agama Islam. Tapi kalau nak tahu lebih mendalam, ada pointnya kenapa babi itu haram.

Mungkin ada yang dah tahu fakta ini. Tapi sekadar berkongsi sahaja. Tak perlu nak k0men “Aku dah tau la weiii….”.

Aku berkongsi setakat apa yang aku tahu. Kalau ada salah sila betulkan.

  1. Babi ni kalau korang perasan, gemuk ya rabbi!!! Cuba tengok. Dia ada leher tak? Tak ada. Jadi itu akan menyukarkan proses penyembelihan. Sedangkan kalau nak menyembelih binatang kena putus urat merih. Baru halal. Kalau dah tak ada leher, camne nak sembelih? Kalau pegang pun haram, tak ada siapa pun nak sembelih. Hahaha…
  2. Babi merupakan binatang yang paling pengotor, malas, segala-gala yang teruk tu kalau boleh kasi kat babi. Tengok perangai babi. Pemalas nak cari makanan. Babi ni pelahap. Kasilah apa sahaja. Kalau kasi najis manusia pun binatang ni makan. Bangkai pun sambar. Kalau tak ada makanan? Muntah je. Pastu babi makan semula muntah tadi. Najis sendiri pun dia makan. Konon survival sangat. Ceh. Dasar babi.
  3. Babi ni juga gelojoh tentang bab-bab seks. Twosome, threesome, foursome, nak berapa some, buat seks banyak-banyak sekaligus. Bukan itu sahaja. Ada khabarnya, tak tau lah betul ke tak, babi juga amalkan seks sejenis. OPPSSS… Sebab tu haram makan babi. Satgi hangpa dok wat perangai cam babi. Hahaha…
  4. Orang yang makan babi ni, nanti kulit dia mengeluarkan bau hanyir. Bukan hanyir ikan. Hanyir babi la. Tak tau la apa proses kimia dalam badan tu.
  5. Kuman dalam daging babi takkan mampus walaupun dimasak dengan haba yang sangat panas. Macam tengah makan kuman la disebalih hidangan yang lazat. (errr… lazat ke??? yucks!!!)
  6. Kandungan asid urik yang sangat tinggi dalam babi juga boleh memudaratkan pemakannya. Babi lah record holder sebagai pengumpul asid urik tertinggi di dunia. Hahaha…
  7. Dalam babi juga ada cacing pita. Cacing pita ni kalau masuk dalam badan manusia, sangat bahaya.
  8. Babi kuat makan tanah. The only mamalia that eat soil. Babi lah!!!

Banyak lagi rahsia kenapa kita tak boleh makan babi. Tapi ini je lah yang aku tahu.

Terkenang pula lawak dari kawan aku. Baca dialog dibawah.

A: F, pinjam kasut kulit ko.

F: Silakan.

(merenung lama-lama kemudian mencampakkannya jauh-jauh.)

F: Ko pehal sial??? Tak nak pakai letak la elok-elok. Ni kasi gua marah ni.

A: Bro. Lu perhati betul-betul kasut lu. Pahal gua nampak titik 3 sekelompok tu?

(F tengok dekat-dekat dan campak juga kasut tu jauh-jauh)

F: Kasut gua dari kulit babi bhai…

A: Penat la nak samak lepas ni…

F: Aku nak samak 1 badan aku la bro.

A: Pehal lak? Kaki ko je lah kena samak.

F: Sejak aku pakai kasut tu, ramai kawan aku cakap perangai aku macam babi. Patut la perangai aku cam babi. Aku pakai kasut babi rupanya…

A: (gelak guling-guling)

Haha… lawak semata-mata. tiada yang hidup ataupun yang mati.

~hahaha…~

Entri 45: Saya Tak Suka Askar

Tajuk yang bakal mengundang kontroversi. Hahaha…

Sejak kecik, aku memang tak pernah tertanam dalam hati niat untuk menjadi seorang askar. Bahkan sejak kecik gambaran tentang askar pun aku memang tak suka. Dulu tengok filem melayu zaman 80-an tu, ada je filem pasal askar. Memanglah aku tak suka.

Sebenarnya, kenapa aku tak suka?

Kita sedia maklum kalau nak jadi askar, seorang tu haruslah mempunyai disiplin yang kukuh bak konkrit. Maksudnya, kalau kawad pukul 3 petang, 2.30 kau wajib terpacak kat padang kawat. Dan aku bukan seorang yang kuat disiplin itu. Aku tak suka dikerah-kerah untuk menepati masa. Sebab bagi aku, biar aku sendiri yang mendidik diri aku menepati masa. Aku tak perlukan jeritan dan tengkingan untuk digesa menepati masa. Aku juga suka bangun lewat ketika cuti sabtu ahad. Aku tak suka ada sebarang aktiviti wajib ketika cuti. Jadi askar itu mungkin latihannya 7 days per week. Macam no rest je.

Aku juga memang tak suka dengan orang yang bergelar pesara askar. Some of them think they are too good. Ini kisah aku di 2 tempat. Pertama, ketika tingkatan 2, di kem BTN. Orang yang handle ceramah tu, really make me pissed off. Kem sepatutnya seronok dan penuh bercorak adventure yang fun. Dia memang merosakkan keseronokan kem bagi aku. Yang penting, DIA BEKAS ASKAR. Bayangkan, sebab tak tau menyalakan api, kawan aku ditempeleng. Rasa aku mak bapak dia pun tak pernah tempeleng dia kalau benda remeh temeh macam tu. Melampau tu. Inilah first kem yang aku sangat tension ketika menghadirinya. Dan seriusly, batch aku pun bila aku tengok muka diorang, semuanya tension.

Kat PLKN pon sama. Yang menjaganya mostly BEKAS ASKAR. Agak tak suka dengan diorang. Remeh temel punya hal, tak perlu nak di perbesar-besarkan. aku dulu pernah diherdik oleh BEKAS ASKAR yang boroi dan berlagak nak mampus sebab aku melangkah rumput. Wei, aku langkah je la. Bukan pijak pon. Apahal kau nak malukan aku??? Memang menambahkan kebencian aku terhadap askar.

Sori for the person who loves army, askar, or whatsoever. Dah aku tak suka takkan kau nak paksa aku suka askar pulak kot.

Banyak lagi nak cerita. Bukan terhadap askar je aku tak suka. Cuma tak perlu detail sangat. Nanti naya aku. By the way, ini hanya pendapat aku. Siapa tak boleh terima, lantak kau. Hahaha…

~namun mereka tetap berjasa pada negara…~

Entri 44: Insaf

Hari ni memang aku insaf. Kenapa?

Nak dijadikan cerita, tah apa orang letrik baiki. Yang pastinya, 1 UKM tak ada letrik. Maka ramai yang telah pulang ke rumah sebab tak mahu berada dalam keadaan serba kedaifan walaupun seketika. Aku je yang sanggup. (Sebenarnya dah tak ada duit nak pulang)

Start dari pukul 10 tadi tak ada letrik. Fine. Yang aku terkejut, keda dan kafe tutup waktu itu. Sah aku akan kelaparan. ak pe. Aku tunggu sampai letrik datang semula.

Letrik kembali bersambung dalam pukul 4 petang. Dah nak happy. Malangnya tetap tak buka. Sampai malam pulak tu. Dalam hati dah mencarut-carut kat Puri Pujangga (tender kafe) dengan orang yang jaga kedai. Sebab aku langsung tak makan apa-apa sejak aku bangun. Sakit hati bukan main. Grrr…

Nasib lah ada kawan nak pergi luar beli makanan. Pesan la. Maka tadi, (11.45 malam) barulah aku menyuap butir nasi pertama untuk hari ini (ahad, 7 mac 2010). Sedih rasanya, baru tu aku makan. Masih marah kat kafe dengan kedai.

Whatever it is, mungkin itu juga perasaan orang yang miskin atau dalam keadaan peperangan. Aku baru 1 hari berlapar. Mereka?

Insaf…

~esok nak beli megi banyak-banyak. takut akan berlapar lagi~

Entri 43: Boleh Tak Kau Sedar Diri?

Ada sesuatu yang best tetapi menyakitkan hati untuk di share. Sila baca di bawah.

Kasi marah...

Dah baca?

Tengok terancamnya orang Malaysia. Pak pak arab ni memang kasi orang mengamuk. Budaya kau jangan nak dibawak ke Malaysia. Kami orang berbudi bahasa. Bukan macam kau orang!!

Aku tak tahu lah nasib orang-orang Malaysia kat Mesir. Sesama saudara seislam tu. kat Malaysia sendiri pun kena belasah dengan depa, lagilah kat sana.

Kalau bantuan Palestin pun disekat Mesir, apatah lagi benda-benda kecik macam ni. Harga baiki kasut tu standard la. Kau nak berlagak samseng kat negara orang.

Lagi kecewa, tengok perenggan last. Semata-mata nak jaga nama baik.

Aku harap yang samseng ni berambus balik negara kau. Jangan ganggu keharmonian Malaysia.

~ko kate f** malaysia? biadap~

Entri 42: Sabar

Kena bersabar.

Sabar kan separuh daripada iman.

Tapi memang tak sabar.

NAK DEKAT SEMINGGU FACEBOOK AKU DITUTUP!!!!

Tapi aku dah janji dengan diri aku. Habis final exam baru aku open semula facebook aku.

Bosan jugak bila tak ada Facebook. Sah aku ketagih.

Tak pe. Aku tetap akan buka semula Facebook aku habis final exam nanti.

~brrrr~

Entri 41: Lecture Maksudnya Bebel

Aku ke kuliah untuk belajar. Lantaklah faham ke tak. Apa yang penting ada input. Lepas tu output ada dan boleh diaplikasikan untuk exam dan masa depan, harapnya. (Tapi ekonomi still tak faham apa pun. Sori… Extra hard!!)

Sekarang aku cukup meluat, meloya, menyampah nak pergi kelas statistik. Memang aku tak ada mood. Aku rasa sia-sia aku pergi kuliah. Langsung sebarang input aku tak dapat.

Otak aku bukanlah lembab macam yang anda fikir. Even aku agak berminat kalau probability and finding mode, median, variance, bla bla bla….

But aku jadi malas sejak lecture bertukar.

Belajar hanya 15 minit dan selebihnya bebelan. Itu kalau kuliah 1 jam. Just imagine 2 hours lecture. Assume that the time for 1 hour lecture is proportional to 2 hours lecture. Means half an hour learning n membebel selebihnya.

Mau jadi gila tau tak?

Macamlah tak boleh ajar je. Semua benda remeh nak diungkit. Bunyi hanset, orang duduk kerusi extra, tak bawak nota, bla bla bla…

Masa dah suntuk. Aku dahlah satu apa tak faham lepas dia masuk ni. 1 jam tu gunalah dengan berkualiti untuk mengajar. Apa kau dibayar gaji untuk membebel ke?

Sedar tak kau mewujudkan suasana sekolah menengah dalam kuliah tu? Haish… Aku tak faham. Kau salahkan kami sebab berperangai macam budak sekolah. Then? Kau?

Aku memang tak ada mo0d lagi kalau setakat pergi kelas dia semata-mata untuk dengar bebelan dia. Pukul sembilan nanti kelas dia. 2 jam. Aku malas nak pergi.

~habuuuuttttt~

Entri 40: Tak Tahan

Aku memang tak tahan.

Aku dah tak boleh sabar lagi.

Aku kena cari dia.

Setiap kali aku pandang muka dia, aku rasa geram.

Rasa nak ramas-ramas muka dia.

ARRRRGGGHHH!!!!

Tak tahan!!!!!

Aku mesti cari dia!!!!

WANTED!!!

Ya. Aku mesti cari makhluk ini,

Sebab dia sangat comellll!!!!!!!

GERAM!!! TAK  TAHAN!!!!

NAK 1!!!!

~meroyan~

Entri 39: Untuk Bekas Kawan

Entri kali ini khas untuk bekas kawan aku yang kini mungkin ialah musuh aku.

Memang aku kesal dengan kau. Aku fikir kau kawan waktu senang susah aku. Tapi tak. Rupanya kau hanya kawan senang aku. Bukan kawan senang susah.

Aku terkenang waktu mula aku kenal kau di sekolah menengah dulu. Aku kenal kau lambat sebab kau waktu tu baru pulang haji. itulah permulaan aku kenal kau dan kita jadi kawan baik. Walaupun selalu kau join budak batch sakat aku dan kekadang aku emo, tapi aku tau itu gurauan sahaja. Aku memang marah mulanya. Tapi let bygone be bygone. kerana Waktu sekolah itu memang kenangan terindah aku.

2 tahun tak berjumpa kau sebab kita dah habis sekolah, dan kita masuk kem PLKN yang berbeza dan juga matrix yang berbeza. Namun kita masih in contact dengan sms. Memang kita rapat. Itu dulu.

Aku bertemu kau semula di sini. UKM. Waktu ini juga aku berkenalan dengan member matrix kau yang pernah menjadi “kawan baik” aku. Kerana kawan kau juga kawan aku. Selalu keluar lepak mapley malam-malam, atau pergi tengok wayang di Alamanda, berjalan-jalan dengan korang waktu itu memang seronok. Dan akibatnya, aku lalai. Aku lupakan kawan-kawan lain di sekeliling aku kerana hendak bersama korang. Dan pedih sekali, pointer final exam aku jatuh teruk. memang salah aku. Salah aku mengenal korang.

Aku takkan lupa 7 Januari 2010. Saat itu aku diaibkan kawan-kawan matrix kau. Aku tak perlu ceritakan apa berlaku. Aku rasa kau dah tau. Nama aku dah busuk kat kolej kau. Manusia 2 alam. itu yang aku dapat dari kawan-kawan kau. Kau faham apa maksud itu.

Dan apa tindakan kau?

Konon tak mahu masuk campur. Jelaskan saja pada aku kau lebih rela berpihak kepada mereka berbanding aku. Sebab kau rela hilang aku dari hilang mereka.

Kawan kau tu masih berhutang dengan aku RM100. Dan sampai sekarang langsung tak dibayar. Harapkan kau untuk sampaikan pesan kepada bangsat itu. Apa jawapan kau? Tak mahu masuk campur. Aku tak bodoh untuk mengetahui yang kau memang berpihak pada mereka. Sebab andai kau tak tahu apa berlaku, kau akan sampaikan pesan itu. Nak aku mintak sendiri. Orang yang sedar ada hutang sepatutnya tau kewajipannya. Sebab itu aku minta tolong kau. Apa aku dapat? Hampeh.

Dan maka malam itu, ketika aku di FUU, itu malam terakhir aku sms dengan kau. Apabila aku berkata, selagi kau tak sampaikan pesan itu, jangan sms aku. Kau bertanya, mahu perang ke? Memang. Aku perang dengan korang budak lelaki kolej kau. Dan sejak itu kau tak sms aku lagi. Memang kau sengaja tak mahu turuti perintah aku.

Dah nak dekat 2 bulan kita loose contact. Aku bahagia macam tu. Sebab aku tak perlukan kau lagi sebagai kawan senang susah aku. Jika kau takut kehilangan mereka, kau lebih percaya orang yang kau kenal tak sampai 2 tahun berbanding aku yang kau kenal 7 tahun, pergi kepada mereka. Jangan pedulikan aku walaupun kau memang tak hingin nak kesahkan aku.

Oleh sebab kau suka layan aku macam budak-budak, ingat sini. Aku dah 20 tahun. Bukan budak-budak lagi yang kau boleh layan aku macam sekarang kau layan aku. Dan bila aku tak mahu sms kau, itu beerti sampai bila-bila aku takkan berhubung dengan kau lagi. Aku serius. Aku bukan main-main. Jika perlu kau jadi musuh aku, aku terima suka hati.

~hahaha… luahan hati yang panjang~

Entri 38: Sekolah Orang Kaya

Kadangkala kita perlukan perubahan.

Jadi sekarang, sudah tiba masanya.

Hari ini, 2 Mac 2010. Aku secara rasminya akan menutup akaun facebook aku untuk sementara waktu. Nak exam kenalah serius kan. Hahaha… jadi aku akan berhenti berfacebook dalam tempoh masa menunggu final exam bulan depan. Pointer kena dinaikkan.

Yeah. Together we achieve better pointers!!!

Sekarang ni aku baru gelabah nak tengok Hana Yori Dango dengan Boys Over Flowers. Malas nak cerita lebih-lebih atau pun mengulas ataupun nak beri pendapat. Aku nak enjoy saja tengok cerita ini. Tapi pada waktu terluang saja. Tak ada duit nak beli DVD. Jadi download saja. Hahaha…

Jadi, jangan kacau! Nak feeling ni. Hahaha…

Title entri tu ada kena mengenalah dengan cerita-cerita yang aku sebut tu.

~facebook, habis exam aku activate semula akaun ye. Miss u. MUUUAHHH!!!~

« Older entries Newer entries »